slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 22 Mac 2011

Azraai pilih Hoben Jang Hoben


Abd. Halim Abd. Latif (dua dari kanan) menyambut kedatangan Mohd. Azraai Khor Abdullah sambil diperhatikan oleh pemain-pemain bola sepak Negeri Sembilan di Wisma PBNS dekat Seremban, semalam

SEREMBAN - Tidak sampai tempoh seminggu Wan Jamak Wan Hassan meletakkan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben, kini tugasnya diambil alih oleh jurulatih berpengalaman, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang berkuat kuasa, semalam.


Pengumuman itu dibuat oleh Pengurus Pasukan Negeri Sembilan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas jurulatih kelahiran Johor itu menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 17 Mac lalu.

''Keputusan melantik Mohd Azraai sebagai pengendali baru pasukan ini telah dicapai hasil daripada rundingan dan persetujuan antara pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengannya, baru-baru ini. Kita tidak boleh biarkan jawatan ini dibiarkan kosong terlalu lama kerana musim sedang berjalan dan ia juga boleh terus merencatkan prestasi pasukan sekiranya kita tiada pemimpin yang berkaliber," katanya di sini, semalam.

Menurut Abd. Halim, bekas pengendali Harimau Muda A itu akan menjawat jawatan berkenaan berkuat kuasa, semalam melalui ikatan kontrak selama dua tahun.

''Kita memilih Mohd. Azraai kerana dia merupakan calon yang paling sesuai berdasarkan rekod cemerlang beliau membimbing Kedah untuk mendapat gelaran 'Treble' dua tahun berturut-turut pada tahun 2007 dan 2008". Sementara itu, jurulatih berpengalaman berusia 59 tahun itu memberitahu, dia berharap agar pelantikannya itu akan dapat membantu Negeri Sembilan memantapkan lagi prestasi pasukan pada masa akan datang.

''Apa pun dalam tempoh terdekat ini saya perlu berbincang dan berjumpa dengan semua pegawai, pihak pengurusan termasuk pemain sebelum merangka sebarang rancangan atau strategi. Saya akan mulakan esok kerana kita ada perlawanan persahabatan antara Polis dan dari situ saya boleh meneliti dan seterusnya membuat perancangan selanjutnya," ujarnya selepas melapor diri di Wisma PBNS, semalam.

Ketika diminta mengulas mengapa memilih pasukan negeri ini untuk meneruskan kerjayanya, Mohd. Azraai menjelaskan, salah satu faktor adalah disebabkan pihak pengurusan PBNS dilihat komited dan serius dalam membangunkan pasukan bola sepak.

''Ini dapat dibuktikan melalui komen serta inisiatif Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk datang dan menyaksikan perlawanan pasukannya sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Azraai menambah, selepas perlawanan persahabatan antara polis esok (hari ini), semua pemain akan mengikuti kem motivasi selama tiga hari bagi tujuan meningkatkan kembali semangat serta kekuatan mental para pemain.

''Ini penting bagi memberi nafas baru kepada pemain sebelum saya mengatur sebarang perancangan taktikal," jelasnya yang sudah menjadi jurulatih sejak 2004."

Mohd. Azraai meninggalkan skuad Hijau Kuning pada 2009 dan kemudian dilantik sebagai jurulatih skuad Bawah 21 negara, Harimau Muda A.- Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga