slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 17 Mac 2011

Presiden PBNS mula 'naik angin'


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sudah tidak boleh berdiam diri lagi melihatkan prestasi skuad Hoben Hang Hoben sejak kebelakangan ini.
Justeru, beberapa keputusan drastik akan diambil oleh PBNS termasuk merombak, merehat, menggantung dan menyingkirkan mana-mana pegawai dan pemain yang gagal menunjukkan permainan yang diharapkan.
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau dan penyokong Negeri Sembilan sudah hilang sabar melihat persembahan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu yang semakin merudum.
“Saya dan seluruh penyokong juga sudah hilang sabar kerana kita ada ramai pemain berpotensi di setiap posisi.
“Satu tindakan drastik perlu diambil kerana ada yang tidak kena dengan pasukan ini.
“Kita sedang menilai dan mempertimbangkan individu mana yang harus dikenakan tindakan jika masalah ini terus berulang kerana mereka sudah bermain pada tahap profesional,” jelas Mohamad di Seremban semalam.
Mohamad berkata, pada pandangan peribadinya, pemain skuad Rusa dilihat kurang mendapat latihan yang mencukupi selain lemah dalam aspek taktikal.
“Mana tidaknya, kalau depan gol pun sepak bola ke atas, tanduk pun tidak masuk, nampak sangat mereka ini kurang latihan.
“Kalau belakang parang kita asah sekali pun boleh tajam, begitulah pemain. Kita kena asah dengan betul, barulah skil pun tajam,” tegasnya.
Mohamad turut melahirkan kekecewaan terhadap pemain yang dibayar gaji yang lumayan tetapi masih gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan.
“Kita bayar gaji mereka sampai RM17,000 hingga RM25,000, takkanlah cekak pinggang sahaja atas padang,” ujarnya.
Selaku Presiden PBNS, beliau telah mengeluarkan surat amaran kepada pemain dan pegawai termasuk Wan Jamak selepas skuad Rusa itu tersingkir dalam kempen Piala FA baru-baru ini.
Negeri Sembilan tersingkir daripada persaingan Piala FA musim ini selepas tewas 2-4 kepada Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti pada pusingan kedua, 4 Mac lalu.
Terbaru dalam saingan Liga Super pula, Negeri Sembilan tewas 1-2 kepada Selangor di gelanggang sendiri.
Setakat ini, anak-anak buah Wan Jamak hanya berjaya mengumpul sembilan mata dalam enam perlawanan untuk berada pada kedudukan kesembilan liga. - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga