slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 8 Mac 2011

Pandelela buru gelaran kedua


PANDELELA antara calon pilihan untuk meraih gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010

SELEPAS dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2010 kelmarin, atlet terjun negara, Pandelela Rinong kini memburu gelaran anugerah yang kedua.
Ini kerana Pandelela telah disenaraikan antara calon bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 yang bakal berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, 15 Mac ini.
Selain atlet kelahiran Sarawak itu, dua atlet elit bergelar Datuk, Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Datuk Nicol Ann David (skuasy) antara atlet yang turut tersenarai sebagai calon anugerah tersebut.
Bagaimanapun Pandela, Chong Wei dan Nicol dijangka menerima cabaran sengit daripada atlet-atlet lain yang turut disenaraikan sebagai calon bagi merebut anugerah sukan berprestij itu.
Bagi calon Olahragawan Kebangsaan, Chong Wei yang juga merupakan pemain No. 1 dunia bakal dicabar oleh pelumba berbasikal trek, Mohd. Azizulhasni Awang, Sazali Abdul Samad (bina badan), Amirul Hamizan Ibrahim (angkat berat) dan Norshahrul Id- lan Talaha (bola sepak).
Gelaran Olahragawati Kebangsaan pula bakal menyaksikan Pandelela dan Nicol bersaing dengan Elaine Koon (gimnastik), Chai Fong Ying (wusyu) dan Nur Suryani Mohamed Taibi (menembak).
Pada tahun 2009, Azizul- hasni telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan manakala Nicol pula menggenggam anugerah Olahragawati Kebangsaan.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Moha- med berkata, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang atlet tersebut pada temasya Sukan Komanwel (New Delhi, India) dan Sukan Asia di Guangzhou, China serta kejohanan bertaraf dunia lain sepanjang tahun 2010.
"Agak sukar bagi KBS untuk membuat pilihan dan menentukan siapakah yang layak untuk menerima anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan kerana calon yang disenaraikan mempunyai kehebatan dan kelebihan dalam sukan masing-masing," katanya.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan tetamu kehormat pada majlis itu dan bakal menyampaikan hadiah dalam beberapa kate- gori utama yang dipertandingkan.
"Seperti tahun lepas, edisi tahun ini turut mempertaruhkan 11 kategori iaitu Olahragawan/Olahragawati Kebangsaan, Pasukan Lelaki/Wanita kebangsaan, Jurulatih Lelaki/Jurulatih Wanita Kebangsaan, Kepimpinan Sukan, Tokoh Sukan, Anugerah Khas dan Olahragawan/Olahragawati Paralimpik Kebangsaan," katanya lagi.
Pemenang bagi anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan, masing-masing akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi. - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga