slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 18 Mac 2011

Ferguson digantung lima perlawanan


MANCHESTER – Alex Ferguson berang selepas mengetahui dia digantung lima perlawanan, kelmarin. Pengurus Manchester United itu turut didenda 30,000 pound oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England kerana mengkritik pengadil Martin Atkinson.

Penggantungan itu bermakna Ferguson dilarang mengendalikan empat perlawanan United melibatkan aksi Liga Perdana dan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City, sekali gus menjadi pengurus pertama dilarang ke final di Wembley.

Sebelum ini, Ferguson yakin dia mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib, setelah menghadiri pendengaran kes membabitkan dirinya. Dia menjangkakan paling teruk mungkin dikenakan hukuman ringan, kerana memberikan pandangan mengenai Atkinson, sewaktu United tewas 1-2 kepada Chelsea pada 1 Mac lalu.

Sumber United berkata, Ferguson memberikan penilaian jujur berhubung mutu pengadil dan langsung tiada niat mengatakan pengadil berat sebelah. “Selepas memberikan penjelasan dan mempertahankan tindakannya itu, Ferguson amat berang kerana dikenakan hukuman seberat itu,” kata sumber tersebut.

Ferguson turut mendapat sokongan rakan sejawat, Carlo Ancelotti dengan pengurus Chelsea itu menyifatkan hukuman penggantungan lima perlawanan terlalu keras. “Saya tahu apa yang dia cakap selepas perlawanan. Itu bukan satu tingkah laku yang baik, namun lima perlawanan adalah keterlaluan.

“Ferguson sentiasa menjaga tingkah lakunya. Tidak ada alasan dia dikenakan penggantungan selama itu, saya percaya tindakan tersebut mengubah kekuatan Manchester United,” jelas Ancelotti.

Ferguson mengkritik Atkison kerana pengadil itu tidak melayangkan kad merah terhadap pemain pertahanan Chelsea, David Luiz yang mengasari Javier Hernandez dan Wayne Rooney, biarpun telah menerima satu kad kuning sebelum itu.

Namun, panel FA menganggap kenyataan yang diluahkan Ferguson lebih kepada mempersoalkan ketelusan pengadil.
Hukuman akan bermula 22 Mac, merangkumi perlawanan West Ham (2 April), Fulham (9 April), City (16 atau 17 April), Everton (23 April) dan Arsenal (1 Mei). – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga