slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 21 Mac 2011

Liverpool kembali bernafsu


SELEPAS tersingkir daripada saingan Liga Europa minggu lalu, Liverpool kembali memusatkan tumpuan mereka untuk merebut tiket Liga Juara-Juara Eropah musim depan apabila mencatat kemenangan 2-0 ke atas Sunderland di tempat lawan.
Dua jaringan menerusi Dirk Kuyt (penalti minit 34) dan Luis Suarez (minit 77) dalam setiap babak mencerahkan peluang mereka untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas Liga Perdana England terutama selepas menewaskan Manchester United 3-1 sebelum ini.
Walaupun kekal di tangga keenam liga dengan 45 mata hasil daripada 30 perlawanan tetapi skuad kendalian Kenny Dalglish itu semakin menghampiri Tottenham Hotspurs yang mengumpul 49 mata tetapi bermain kurang satu perlawanan.
Kelmarin Spurs hanya mampu seri 0-0 dengan West Ham. Begitu juga Arsenal yang terikat 2-2 dengan West Bromwich.
Bagaimanapun, untuk Liverpool mengejar United yang menang 1-0 ke atas Bolton agak sukar.
Jika Liverpool mampu mengekalkan momentum kemenangan ini ketika aksi musim 2010/2011 hanya berbaki lapan perlawanan sahaja lagi, tidak mustahil mereka mampu memintas Spurs dan Chelsea.
Ditambah dengan perlawanan penghujung musim akan menemukan sesama sendiri kelab yang berada dalam kelompok teratas liga, nasib pasukan seperti Arsenal dan City juga masih tidak menentu.
Sementara itu, Chelsea melonjak ke tangga ketiga liga dengan memintas City selepas menang 2-0 ke atas skuad bimbingan Roberto Mancini itu di Stamford Bridge.
Kemenangan itu sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan Chelsea yang ditewaskan City dengan 0-1 di Stadium Manchester, September tahun lalu.
Gol-gol Chelsea semalam dijaringkan David Luiz pada minit ke-78 dan Ramires pada minit ke-90 selepas kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan dalam tempoh lebih sejam permainan. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga