slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 4 Mac 2011

Safee tak sabar aksi sulung


SAFEE akan memulakan tugas rasmi bersama Pelita Jaya esok.

PENYERANG skuad bola sepak kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali tidak sabar menghadapi perlawanan rasmi pertamanya bersama Pelita Jaya dalam saingan Liga Super Indone- sia (ISL) petang esok.
Pelita Jaya yang kini menduduki tangga tercorot daripada 15 pasukan selepas tamat pusingan pertama, bakal menanti kunjungan pasukan di tangga keenam, Sriwijaya FC di Stadium Singaperbangsa, Karawang.
"Memang tak sabar nak tunggu perlawanan pertama ini. Persiapan pasu- kan pun sudah cukup selepas dua minggu kami berlatih bersama.
"Cuma kami perlu membentuk keserasian dengan dua pemain import di bahagian pertahanan yang dibawa dari Australia dan Scotland kerana mereka baru menyertai pasukan minggu ini.
"Soal menjaringkan gol bukanlah satu bebanan kerana apa yang penting, saya mahu membantu Pelita Jaya mengutip tiga mata penuh pada aksi pertama saya ini," kata Safee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam.
Sriwijaya FC bukan calang-calang pasukan kerana Safee, 27, ketika beraksi bersama Selangor pernah merasai kekalahan 1-6 kepada kelab Indonesia itu pada aksi Piala AFC musim lalu.
Namun, pada aksi di Stadium Jaka Baring, Palembang itu, Safee berjaya menjaringkan gol tunggal Selangor.
"Memang Sriwijaya FC sebuah pasukan yang kuat. Tetapi mereka baru beberapa hari lepas (Selasa) beraksi untuk perlawa- nan sulung Piala AFC 2011.
"Mungkin pemain Sriwijaya FC agak keletihan dan saya dengar beberapa tonggak utama mereka juga mengalami kecederaan. Jadi kami akan cuba manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri ini," jelas Safee.
Antara pemain yang beraksi untuk Sriwijaya FC musim ini ialah Ponaryo Astaman, Budi Sudarsono, bekas penyerang import Sabah, Keith Gumbs serta tiga pemain kebangsaan Indone- sia, Firman Utina, Oktovianus Maniani dan Muhammad Ridwan. - Kosmo

1 ulasan:

Iklan Mangga