slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 8 November 2011

Hatrik Ronaldo julang Madrid


AKSI Ronaldo (dua dari kanan) ketika menjaringkan gol ketika menentang Osasuna semalam.

BARCELONA - Penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo berjaya meledak hatrik bagi membantu pasukannya membelasah Osasuna 7-1 dalam aksi Liga Sepanyol awal pagi semalam.
Osasuna yang beraksi dengan 10 pemain ketika awal babak kedua terpaksa akur dengan kehebatan Madrid yang jelas bermaharajalela sejak minit pertama permainan.
Ia merupakan kemenangan ketujuh berturut-turut buat Madrid dalam aksi Liga Sepanyol, sekali gus menggembirakan jurulatihnya, Jose Mourinho.
"Kami memang berhak untuk memenangi perlawanan ini.
"Kemenangan berturut-turut ini bukannya nasib, kami memang bagus ataupun terlalu bagus untuk mana-mana pasukan lain dalam liga," katanya.
Selain jaringan hatrik Ronaldo, gol-gol Madrid turut disumbangkan oleh Pepe, Gonzalez Higuain sebelum pemain gantian, Karim Benzema menamatkan mimpi ngeri Osasuna apabila menjaringkan dua lagi gol pada minit ke -63 dan ke-81.
Gol sagu hati Osasuna pula dijaringkan oleh Ibrahima Balde pada minit ke-30.
Pujian juga boleh diberikan kepada pemain sayap Madrid, Angel Di Maria yang ternyata menjadi duri dalam daging buat Osasuna yang mengalami kekalahan kedua terbesar selepas dibelasah Barcelona 0-8 sebelum ini.
Dalam perlawanan itu, Di Maria berjaya membuat beberapa hantaran menarik untuk disempurnakan Ronaldo, Pepe dan Higuain.
Bagi Ronaldo yang kini berjaya menjaringkan 13 gol dalam saingan liga memberitahu, dia gembira dapat menjaringkan gol.
"Cuma, saya lebih gembira dengan kemenangan pasukan, jaringan saya sebenarnya tidak begitu penting asalkan Madrid menang," katanya.
Ronaldo kini ketinggalan satu gol di belakang penyerang Barcelona, Lionel Messi yang kini mengumpul 14 gol dalam saingan liga sebaik menyelamatkan pasukannya daripada dimalukan Atletic Bilbao apabila menjaringkan gol pada minit akhir sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam satu lagi perlawanan awal pagi semalam. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga