slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 11 November 2011

‘Waspada ancaman Kemboja’


PARA pemain negara (kiri) meraikan kejayaan mereka menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin.

KEJAYAAN menjinakkan Thailand 2-1 pada aksi kedua Kumpulan A pada temasya Sukan SEA 2011 kelmarin telah menggembirakan jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan.
Kemenangan tersebut dilakar selepas skuad Harimau Muda sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi pembuka tirai, Isnin lalu.
Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu dilihat kembali ke landasan sebenar dalam misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu.
Setakat ini, Harimau Muda berkongsi empat mata dengan Singapura yang turut menang 2-1 ke atas Kemboja dalam satu lagi perlawanan kumpulan A kelmarin.
Skuad Harimau Muda yang bakal melayan cabaran Kemboja pada Ahad ini akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Indonesia empat hari kemudian.
Jika tidak mahu memilih jalan sukar, skuad negara perlu mencatat kemenangan yang besar ke atas Kemboja nanti bagi mengelak dipintas Singapura pada saat-saat akhir.
Meskipun dianggap pasukan belasahan, Kemboja yang dibimbing jurulatih, Tae Hoon Lee tidak mustahil mampu membuat kejutan, sekali gus menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pasukan negara dan ia juga diakui jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
“Saya harap pasukan negara tidak mengambil mudah cabaran Kemboja. Kita harus menang bagi mengelak tekanan berdepan Indonesia pada perlawanan terakhir nanti,” kata Rajagobal ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebelum berlepas ke India petang semalam.
Mengimbau rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada temasya Sukan SEA, keputusan dilihat lebih berpihak kepada Malaysia apabila membelasah Kemboja 4-0 di peringkat kumpulan di Vientiane, Laos dua tahun lalu menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat, Norshahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Safiq Rahim.
Harimau Muda juga membelasah Kemboja, masing-masing 8-1 dan 5-0 ketika diundi dalam satu kumpulan bagi temasya 2003 dan 2005.
Begitupun, kredibiliti penyerang Kemboja, Phourng Soksana dan Chin Choeun yang sesekali berjaya mencemaskan kubu Indonesia ketika dibelasah 0-6 pada aksi pembuka tirai Isnin lalu juga tidak boleh dibiarkan bermaharajalela.
Mungkin ramai yang sudah lupa bahawa anak-anak buah Kim Swee sebelum ini pernah tewas 0-1 kepada Kemboja dalam satu aksi persahabatan pada Jun lalu.
Justeru, ada baiknya mereka tidak terlalu yakin sehingga gagal meraih tiga mata berharga.
Tambahan pula, misi menentang Indonesia di depan penyokong fanatik Sang Garuda memang satu tugas sukar jika kita tewas atau seri ketika menentang Kemboja nanti.
Aksi Kumpulan B juga tidak kurang hebat apabila Myanmar dan Vietnam kini masing-masing mengumpul tujuh mata sambil diekori rapat oleh Timor-Leste yang mengutip enam mata. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga