slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 11 November 2011

Pungutan emas kita di Palembang terjejas


BEGO menarik diri selepas menghadapi kecederaan di bahu. Dia memenangi lima pingat emas di Laos dua tahun lalu.

PALEMBANG - Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali semalam mengakui, pungutan pingat emas Malaysia dijangka terjejas berikutan penarikan diri atlet renang dan gimrama pada saat-saat akhir.
Katanya, ketiadaan Daniel Bego yang menyumbang lima emas pada temasya dua tahun lalu di Laos dan pasukan gimrama yang menjadi penyumbang tetap menyaksikan kontinjen negara bakal kehilangan tiga atau empat pingat emas.
"Kita menyasarkan 22 pingat emas mampu diraih di Palembang ini. Malangnya selepas penarikan diri beberapa atlet prospek, jumlah itu mungkin berkurangan.
"Namun, kita masih meletakkan kepercayaan kepada beberapa acara yang bukan prospek emas untuk melakukan kejutan di sini," kata Syed Mustaffa.
"Antara acara yang diharapkan mampu berbuat demikian adalah ski air, di samping perenang lain yang dilihat berupaya menampung ketiadaan Daniel Bego.
Pasukan gimrama terpaksa menarik diri selepas gimnas utamanya, Lee Wan Nin mengalami kecederaan serius di bahagian lutut ketika menjalani latihan terakhir di Kuala Lumpur.
Daniel Bego juga berdepan masalah kecederaan bahu yang belum pulih memaksanya menarik diri, sekali gus meninggalkan skuad renang dalam dilema.
Daniel, 22, sebelum ini mencetuskan fenomena di kolam renang dengan menyapu emas acara 100 meter, 200m dan 400m (semua gaya bebas) serta 100m dan 200m (gaya kupu-kupu) termasuk empat rekod baharu pada temasya di Laos dua tahun lalu.
Keputusan itu dibuat atas nasihat doktor yang merasakan bahu Daniel yang dibedah enam bulan lalu bagi memperbetulkan masalah Osteophyte, masih belum bersedia melakukan kuakan bertenaga.
Osteophyte adalah ketumbuhan yang terbentuk pada tulang biasa dan ia boleh menjadi amat menyakitkan apabila menyentuh tisu lembut atau ligamen.
"Diharap tidak ada lagi kecederaan atau penarikan diri di saat akhir lagi selepas ini," kata Syed Mustaffa. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga