slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 19 September 2012

BAM beri peluang akhir kepada beregu Kien Keat-Boon Heong

Kien Keat-Boon Heong kalah di tangan China
Pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini memberi kata putus kepada beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong supaya layak ke final pada Kejohanan Dunia tahun depan sekiranya mahu dikekalkan sebagai gandingan yang masih relevan.
Presidennya Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata sekiranya mereka gagal maka gandingan itu akan dipisahkan seperti perancangan awal badan induk itu.
Beliau berkata peluang yang diberikan kepada beregu nombor tujuh dunia itu adalah atas permintaan pasangan itu dan berdasarkan pencapaian mereka sebelum ini, BAM merasakan mereka berhak diberi peluang.
"Sasaran mara ke perlawanan akhir adalah realistik dan bukanlah juga terlalu mudah buat mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco badan induk itu di Stadium Juara Bukit Kiara, di sini hari ini.
Sebelum ini BAM bercadang untuk memisahkan Koo dan Tan setelah mereka gagal membawa pulang pingat daripada temasya Sukan Olimpik London 2012 Ogos lalu.
Sehingga kini, Persekutuan Badminton Dunia (WBF) masih belum memutuskan antara bandaraya Copenhagen, Macau dan Guangzhou untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia itu pada Ogos tahun depan.
Mohd Nadzmi berkata gandingan utama negara itu akan tetap bergandingan dengan pasangan baharu pada kejohanan-kejohanan kecil, bagaimanapun buat masa ini belum ditentukan siapa gandingan mereka.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata BAM kini sedang mencari calon yang sesuai untuk jawatan pengurus projek bagi Sukan Olimpik 2016, 2020 dan 2024.
Beliau berkata jawatan itu dijangka bakal diisi menjelang tahun hadapan selain berharap ia akan diisi oleh rakyat tempatan.
Beliau turut mengumumkan pelantikan jurulatih Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki, Wong Tat Meng selaku ketua jurulatih perseorangan wanita dan Tan Kim Her sebagai ketua jurulatih beregu.
Menurutnya ketiga-tiga jurulatih tersebut dan ahli jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan yang lain akan membantu pengurus projek tersebut dalam merealisasikan sasaran setiap projek. - Bernama

1 ulasan:

Iklan Mangga