slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 2 Mei 2011

Arsenal sekat hajat United


PEMAIN Arsenal, Aaron Ramsey (jersi No. 16) menyaksikan bola rembatannya melepasi jangkauan penjaga gol Manchester United, Edwin Van der Sar di Stadium Emirates, semalam. Arsenal menang 1-0. - AP

LONDON - Peluang Arsenal untuk memenangi gelaran Liga Perdana England kembali terbuka selepas menang 1-0 ke atas pendahulu, Manchester United di Stadium Emirates malam tadi.
Rembatan Aaron Ramsey pada minit ke-56 sudah cukup untuk memberi kejayaan buat Arsenal yang kini menghuni tangga ketiga liga.
Kemenangan itu turut menggembirakan Chelsea, sekali gus berpeluang mempertahankan gelaran juara musim ini selepas menang 2-1 ke atas Tottenham Hotspur awal pagi semalam.
Dengan saingan hanya berbaki tiga perlawanan, United kini hanya tiga mata mengatasi Chelsea di tangga kedua dan kedua-dua pasukan itu bakal bertembung di Old Trafford pada Ahad ini.
Arsenal pula ketinggalan enam mata di belakang United dan mengekori Chelsea dengan tiga mata.
Turun tanpa ketua pasukan, Cesc Fabregas yang mengalami kecederaan, Arsenal tetap berjaya mendominasi babak pertama dan sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah hantaran lintang Theo Walcott terkena tangan Nemanja Vidic.
Pada awal babak kedua, giliran Wayne Rooney menguji penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny menerusi sepakan percuma tetapi Arsenal pula memperoleh jaringan pada minit ke-56 setelah Ramsey menyudahkan hantaran Robin van Persie.
Menuju babak akhir permainan, United sedaya upaya cuba merobek gawang Arsenal dan mereka pula patut dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain gantian, Michael Owen diterjah keras pertahanan tuan rumah.
Pengadil sekali lagi enggan memberikan sepakan penalti dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga