slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 6 Mei 2011

Kejutan beregu muda


HEBAT...Lutfi (kanan) dan Vountus pada perlawanan menentang Markis dan Hendra di Grand Prix Emas Terbuka Malaysia di Alor Setar, Kedah, semalam.

KEJUTAN terbesar dilakar pemain negara di Grand Prix Emas Terbuka Malaysia di Alor Setar, Kedah apabila Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-Vountus Indra Mawan menyingkir pilihan kedua yang juga pasangan nombor enam dunia, Markis Kido-Hendra Setiawan 21-13, 18-21, 21-13, semalam.

Aksi cemerlang gandingan muda negara itu terserlah sejak set pertama lagi apabila mendahului 17-7 sebelum menang 21-13. Namun Markis-Hendra bangkit merampas set kedua 21-18 dalam aksi sengit.

Gandingan negara yang baru berusia 22 tahun itu cukup bersemangat meneruskan azam mencipta kejutan mendahului pasangan utama Indonesia 16-6 dalam set ketiga akhirnya berjaya ke suku akhir selepas menang 21-13. 

Lutfi-Vountus akan berdepan pilihan kelapan dari Korea, Cho Gun Woo-Kwon Yi Goo hari ini.

“Kami amat gembira dapat melakar kejutan. Apa yang kami lakukan hanyalah mengikut rentak sebagaimana dalam latihan. Paling penting kami saling mempercayai,” kata Vountus selepas perlawanan.

Jurulatih beregu, Rexy Mainaky menganggap kejutan pemain muda negara itu satu perkembangan baik.

“Mereka masih muda, banyak lagi yang perlu ditempuhi. Saya harap kemenangan ini akan menambah lagi pengalaman mereka. Ketika ini mereka lebih cenderung sebagai rakan ‘sparring’ skuad elit, namun tidak mustahil akan diberi lebih banyak pendedahan andai terus mencipta kejutan,” kata Rexy.

Ketika Lutfi-Vountus beraksi, kem negara berdebar menonton perlawanan membabitkan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dengan pemain muda Indonesia Tommy Sugiarto.

Chong Wei menang 21-19 dalam aksi sengit di set pertama ketinggalan 16-6 di set kedua. Begitupun, berbekalkan pengalaman, dia berjaya menyekat keghairahan pemain Indonesia itu apabila menamatkan permainan dengan kemenangan 21-19. 

Di suku akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan Brice Leverdez dari Perancis yang menewaskan seorang lagi pemain negara, Beryno Jiann Tze. Juara Seluruh England 2003, Muhd Hafiz Hashim pula gagal mengatasi pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh apabila tewas 19-21, 21-18, 21-6.

Liew Daren pula gagal menyaingi jaguh Korea Lee Hyun Il apabila tewas 21-14, 21-12. Turut ke suku akhir beregu elit negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan pasangan pelapis negara, Chooi Kah Ming-Ow Yao Han 21-9, 21-13. Mereka akan berdepan gandingan Jepun Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa di suku akhir hari ini.

Sementara itu, Fairuzizuan Tazari-Ong Soon Hock gagal menyaingi kehebatan pilihan kelima dari Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata apabila tewas 21-17, 21-18. Gan Teik Chai-Tan Bin Shen juga kandas di pusingan kedua apabila tewas di tangan gandingan Indonesia, Alvent Yulianto-Hendra Aprida 14-21, 21-16, 21-17, pilihan keempat kejohanan.

Cabaran satu-satunya beregu wanita juga berakhir apabila Chin Eei Hui-Wong Pei Tty tewas di tangan gandingan muda China, Ying Luo-Yu Luo 22-20, 20-22, 21-9. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga