slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 12 Mei 2011

BAM akui terdesak


Wong Choong Hann

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengaku terdesak untuk melahirkan pemain perseorangan berkualiti hingga terpaksa terus bergantung kepada pemain veteran yang sudah bersara, Wong Choong Hann.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh yang ditemui tidak menafikan badan induk itu memilih menghantar Choong Hann ke Kejohanan Dunia di Birmingham, London, Ogos ini bagi mengiringi pemain utama, Datuk Lee Chong Wei selepas tiada pemain BAM yang layak.

“Kami mungkin panggil Choong Hann sekali lagi untuk beraksi di Kejohanan Dunia kerana dia berjaya melayakkan diri. Lagipun tiada pemain BAM lain selain Chong Wei berada dalam senarai ranking tertinggi,” kata Kenny yang mengaku kecewa dengan ketandusan bakat ketika ini.

“Kami sebenarnya tiada pilihan lain lagi. Choong Hann adalah calon paling layak selepas Chong Wei.” 

Pada tarikh akhir kelayakan Kejohanan Dunia 28 April lalu, Choong Hann berada di ranking ke-17 dunia manakala pemain terbaik BAM selepas Chong Wei adalah Liew Daren yang berada di tangga ke-68. Muhd Hafiz Hashim yang meninggalkan BAM pula di ranking ke-34.

“Sebenarnya kami kecewa kerana masih gagal melahirkan pemain berkualiti hinggakan terpaksa memanggil pemain yang sudah bersara tiga tahun lalu.” 

Choong Hann melangkah ke final GP Emas Terbuka Australia dan separuh akhir Terbuka Switzerland bulan lalu.

Bekas pemain utama negara itu bersara sebagai pemain kebangsaan selepas beraksi di Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pencapaian terbaiknya di Kejohanan Dunia adalah muncul naib juara pada 2003 di Birmingham selepas tewas di tangan Xia Xuanze dari China pada usia 24 tahun. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga