slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 15 Mei 2011

'Tiada provokasi penyokong'



KOTA BHARU: “Kenyataan itu kurang tepat kerana tiada provokasi antara penyokong Kelantan dengan Negeri Sembilan. Apa yang berlaku, penyokong Kelantan bersorak kerana marahkan keputusan pengadil membatalkan jaringan gol pemain Kelantan ketika saat akhir masa kecederaan.

“Selepas tamat perlawanan, saya masih berada di stadium dan melihat apa sebenarnya berlaku,” kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan yang mendakwa tindakan provokasi melampau penyokong Kelantan mungkin menjadi punca segelintir individu membakar bendera negeri itu selepas perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam Selasa lalu.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Mohamad Hasan dipetik sebagai berkata pihak berkaitan perlu melihat secara menyeluruh hingga menjurus kepada tindakan tidak sihat individu terbabit.

“Bukan saya nak menyebelahi penyokong Negeri Sembilan, tetapi sebenarnya mereka tidak bertindak apa-apa dan hanya duduk di dalam stadium, boleh jadi disebabkan provokasi melampau menyebabkan ada tindakan tidak sepatutnya berlaku.

“Jadi, kalau ia benar berlaku (bakar bendera) saya fikir ia tidak patut kerana membakar bendera tidak sepatutnya dilakukan walaupun kita bertegang leher, bendera adalah kedaulatan negeri masing-masing,” katanya.

Mohamad dilaporkan turut menyebut: “Jadi, kalau nak supaya jangan bendera kita dibakar, jangan pula membakar semangat orang.”

Annuar, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, kedudukan penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan terletak jauh antara satu sama lain, sekali gus tiada hubungan atau provokasi antara mereka. -  myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga