slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 19 Mei 2011

Kelantan dapat stadium baru 40,000 penonton


KOTA BHARU - Hasrat rakyat Kelantan untuk memiliki sebuah stadium bola sepak yang baru bakal tercapai selepas Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan sebuah kompleks sukan bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh membabitkan kawasan seluas 50.4 hektar.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kompleks sukan itu membabitkan sebuah stadium bola sepak berkapasiti 40,000 tempat duduk serta beberapa prasarana sukan lain seperti kolam renang.

Jelas beliau, pembangunan kompleks sukan itu secara langsung membabitkan pembangunan bandar baru di kawasan itu yang dijangka diberi nama sebagai Bandar Red Warriors bagi menghargai peningkatan pasukan bola sepak Kelantan dalam Liga Malaysia.

"Saya ingin membuat pengumuman satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanah air di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Menurut beliau, reka bentuk stadium bola sepak itu nanti turut menempatkan beberapa bilik untuk sembahyang di seluruh kawasan stadium yang sekurang-kurangnya boleh memuatkan 20 orang setiap satu.

Katanya, pembinaan stadium itu boleh bermula pada bila-bila masa kerana ia dibuat di atas tanah kerajaan justeru semua pihak digalakkan untuk membuat tawaran tender.

"Perbadanan stadium sudah melakukan lawatan ke beberapa stadium di luar negara justeru kita tahu macam mana reka bentuk yang diperlukan untuk stadium itu.

"Tender sudah dibuka dan sesiapa sahaja boleh mengambil peluang ini kerana ia turut membabitkan pembangunan bandar komersial di kawasan sekitarnya," jelas beliau.

Tambah beliau, lokasi tersebut dipilih memandangkan ia terletak di tengah-tengah negeri ini malah kedudukannya yang terletak hanya kira-kira lima kilometer dari jalan utama. - Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga