DUA orang terbaring selepas berlaku satu rusuhan di luar sebuah kedai menjual komputer iPad di Beijing pada Sabtu lalu. |
BEIJING - Empat orang cedera apabila berlaku satu rusuhan semasa sejumlah pelanggan berbaris untuk membeli komputer tablet iPad 2 di luar sebuah kedai di sini.
Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu di kawasan Sanlitun itu bermula apabila seorang kakitangan kedai menjual iPad menumbuk seorang pelanggan yang memotong barisan.
Ekoran kejadian itu beberapa pelanggan lain memecahkan pintu kaca di kedai berkenaan.
Menurut beberapa saksi, botol-botol air dibaling semasa rusuhan itu berlaku.
Empat orang yang cedera itu dirawat di sebuah hospital dan polis mengambil keterangan mereka.
Seorang jurucakap syarikat Apple yang mengeluarkan iPad di China, Carolyn Wu berkata, kedai itu ditutup selama beberapa jam pada Sabtu lalu selepas kekacauan di luar kedai berkenaan tidak dapat dikawal. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan