slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 7 Januari 2011

Ancelotti akur kejuaraan semakin tipis

Jaringan sendiri Jose Bosingwa (terlindung No. 17) ketika menentang Wolverhampton Wanderers di Molineux semalam, menyebabkan Chelsea terus jauh daripada harapan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England. Skuad bimbingan Carlo Ancelotti kalah 0-1. - REUTERS

WOLVERHAMPTON - Carlo Ancelotti menegaskan dia tidak takut jika dipecat, apabila mengakui peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana semakin tipis, apabila kalah 0-1 kepada Wolves, semalam.

Jaringan kemenangan Wolves berpunca daripada gol sendiri pemain pertahanan Chelsea, Jose Bosingwa pada minit kelima, yang menyepak bola lintang dari sebelah kiri, akibat serangan Wolves.

Ancelotti melalui masa depan yang semakin tidak menentu, apabila pasukannya hanya mampu mencatatkan satu kemenangan daripada sembilan perlawanan dan kini sembilan mata di belakang Manchester United, yang kurang satu perlawanan.

Kekalahan yang tidak dijangka kepada Wolves, kelab yang menduduki tempat tercorot sebelum sepak mula, menambahkan lagi tekanan ke atas pengurus dari Itali itu.

Walaupun mampu menamatkan cabaran dalam kelompok empat teratas dan meraih slot ke Liga Juara-Juara, ia tidak mampu menjamin khidmatnya akan dikekalkan.

Namun, Ancelotti tidak gentar terhadap harapan tinggi yang diletakkan pemilik kelab, Roman Abramovich.

''Adakah saya terkejut sekiranya dipecat? Ya... Keputusan itu bukan terletak di tangan saya, cuma saya harap dapat meneruskan kerja selaku pengurus.

''Kalau boleh, saya mahu kekal di sini. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan pemain dan kelab. Saya tidak takut terhadap risiko yang diambil. Saya hanya risau kerana pasukan ini tidak mendapat keputusan yang sepatutnya.

''Cukup jelas kami tidak begitu baik kebelakangan ini, tetapi pasukan ini mempunyai skil, keupayaan dan personaliti untuk menjadi pasukan terkuat. Semua aspek ini penting jika mahu muncul juara.

''Ini merupakan satu lagi kekalahan, tetapi kami harus terus mara, bekerja keras, kekalkan fokus dan meneruskan perjuangan memburu kejuaraan liga.

''Jurang mata kini semakin besar, namun apa yang penting kami harus bangkit untuk memenangi perlawanan dan berjuang dari perlawanan ke perlawanan seterusnya.

''Kami masih belum kehilangan apa-apa buat sementara waktu. Memang jelas agak mustahil untuk kami mempertahankan kejuaraan liga. Namun, kejuaraan Piala FA dan Liga Juara-Juara masih terbentang luas buat kami,'' kata Ancelotti.

Ancelotti mengakui dia tersilap selepas mengatakan bahawa mereka akan menang sehari sebelum perlawanan dengan Wolves.

Dia berkata: ''Saya telah melakukan kesilapan. Saya melihat pemain bekerja keras ketika latihan. Saya lihat tiada masalah dalam skuad ini.

''Mereka bekerja keras dengan semangat yang tinggi, tetapi ia belum cukup. Kami perlu mempertajamkan fokus, kerana saya rasa perkara sekecil itu akan menjadi penentu dalam setiap perlawanan.

''Kami sepatutnya melakukan yang terbaik ketika melepaskan gol dan kami tidak boleh melepaskan peluang untuk menjaringkan gol,'' katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga