slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 15 Januari 2011

Puvaneswaran puas

BANGGA...Ahmad Shabery (kiri) mengalungkan pingat kepada  Puvaneswaran apabila dinobatkan sebagai Anugerah Olimpian Lelaki, semalam.
BANGGA...Ahmad Shabery (kiri) mengalungkan pingat kepada Puvaneswaran apabila dinobatkan sebagai Anugerah Olimpian Lelaki, semalam.
SELEPAS lebih 16 tahun mengabdikan diri dalam sukan karate, R Puvaneswaran akhirnya tersenyum puas apabila namanya kini tersenarai sebagai Olimpian Lelaki Tahunan 2010, ketika dia sudah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia sukan itu sebagai atlet.

Datuk Nicol David pula mengulangi pencapaiannya 12 tahun lalu apabila pencapaian membanggakannya di Sukan Asia dan Sukan Komanwel melayakkannya bergelar Olimpian Wanita Tahunan.

Puvaneswaran mengetepikan cabaran jaguh lumba basikal, Azizulhasni Awang, Alex Liew (bowling), Koo Kien Keat (badminton) dalam majlis anugerah Malam Olimpian ke-18 di Majlis Olimpik Malaysia, malam tadi.

“Saya rasa sangat gembira dan terharu sebab tidak pernah menang anugerah ini, apatah lagi pencabar saya begitu hebat. Anugerah ini saya tujukan untuk sukan karate dan saya bangga menjadi atlet pertama memenangi anugerah ini. Saya harap ia menjadi suntikan semangat kepada atlet baru dan yang masih bergiat dalam sukan ini,” kata Puvaneswaran selepas majlis itu.

Dia yang mula beraksi di pentas Sukan Asia sejak 1994 di Hiroshima sehingga Sukan Asia 2010 Guangzhou mengumpul koleksi pingat gangsa di Hiroshima, perak di Doha 2006 serta pingat emas Busan (2002) dan Guangzhou, tahun lalu.

Bagaimanapun, penyertaan di Bangkok pada 1998 membawa memori duka untuknya apabila dibatalkan pada pusingan kedua berikutan menumbuk lawan di kerongkong secara tidak sengaja.

Kini, selepas menerima anugerah tertinggi sepanjang bergelar atlet, sudah pasti langkah untuk menjadi jurulatih seperti yang diidamkan selama ini, semakin hampir menjadi kenyataan.

Nicol, pemain skuasy wanita nombor satu dunia gah dengan rekod pingat emas di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun lalu serta membantu kemenangan acara skuasy berpasukan wanita di Guangzhou untuk mengenepikan cabaran jaguh terjun remaja, Pandelela Rinong dan Chai Fong Ying dari sukan wushu yang turut menyerlah tahun lalu.
Anugerah sama pernah diterimanya pada 1998 atas kejayaan merangkul emas dalam acara skuasy individu wanita di Sukan Asia Bangkok.

Nicol yang tidak hadir pada majlis itu kerana berada di Melbourne, menerusi rakaman video, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak meluangkan masa bagi memastikan kejayaannya selain berbangga menerima anugerah berkenaan.

Kedua-dua mereka menerima pingat serta wang tunai RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga