slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 27 Januari 2011

Minta sukan pelayaran turut disenaraikan


LANGKAWI – Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) berharap sukan pelayaran turut disenarai di bawah Program Road to London 2012 bagi membantu negara meraih pingat di Sukan Olimpik London.
Pengurus Besar MYA, Mohd Afendy Abdullah berkata, pelayar-pelayar negara masih muda iaitu sekitar 18 hingga 23 tahun tetapi mereka telah membuktikan kemampuan di peringkat antarabangsa.
"MYA yakin dengan peningkatan pelayar muda negara yang berjaya membaiki kedudukan mereka di kebanyakan kejohanan antarabangsa yang disertai,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, misalnya dalam International 470 Class, pelayar negara diberi laluan istimewa apabila ditawarkan tempat untuk ke Olimpik oleh Persekutuan Pelayaran Antarabangsa.
Bola sepak, badminton, hoki, memanah dan lumba basikal adalah sukan yang disenarai di bawah Program Road To London 2012. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga