slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 27 Januari 2011

Sepang jadi hos ujian rasmi pertama Motogp


KUALA LUMPUR – Selepas lama menunggu, kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) akan kembali beraksi minggu depan yang menyaksikan pelumba terbaik dunia berhimpun di litar Sepang untuk ujian rasmi pertama tahun ini selama tiga hari mulai 1 Februari.
Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, kali terakhir para pelumba MotoGP menguji motosikal mereka ialah pada November lalu di Valencia, Sepanyol selepas perlumbaan akhir 2010.
"MotoGP akan kembali dan akan mula beraksi di Sepang. Dan, musim baru nampaknya akan menjadi paling menarik sekali,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, oleh kerana ujian tidak boleh dijalankan sehingga 31 Januari, para peminat berpeluang berjumpa idola mereka semula di atas motosikal mereka di litar Sepang, Selasa ini.
"Buat pertama kali, ada Valentino Rossi dengan pasukan Ducati, Casey Stoner dengan Repsol Honda yang berpadu tenaga dengan Dani Pedrosa dan Andrea Dovizioso, Ben Spies mengambil alih daripada Rossi di Factory Yamaha Racing. Dan juga ada juara Moto2, Toni Elias.
"Kesemuanya juara dunia yang berpotensi tahun ini dan mampu mencabar juara dunia pada masa ini, Jorge Lorenzo,” kata Razlan. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga