slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 28 Januari 2011

Xplorace Warisan KL 1Malaysia 26 Feb

KUALA LUMPUR – Menara Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Xplorace Warisan Kuala Lumpur 1Malaysia yang disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 26 Februari.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said berkata, acara cabaran minda akan memberikan peserta peluang meneroka kawasan 150km tiga segi emas Kuala Lumpur termasuk bahagian lain di bandar raya untuk mencari petunjuk dan jawapan berkaitan warisan dan budaya berdasarkan pada soalan.
"Objektif utama ialah untuk memperkenal dan mempromosi mercu tanda pusat bandar raya Kuala Lumpur dan pada masa yang sama menanamkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia bagi menghargai warisan negara,” katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, acara itu menyasarkan kepada belia, media dan selebriti dengan dua peserta berumur 18 tahun ke atas bagi setiap pasukan, dan bagi pasukan dengan seorang peserta bawah umur 17 tahun, rakannya mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mereka ada kaitan persaudaraan.
Mereka yang berminat boleh memuat turun borang di www.menarakl.com.my dan menyerahkannya sendiri kepada Menara Kuala Lumpur atau DBKL sebelum 25 Februari. – Bernama

1 ulasan:

Iklan Mangga