slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 27 Januari 2011

Arsenal hampiri kejuaraan pertama Piala Liga England


pemain Arsenal, Laurent Koscielny (empat dari kanan) menanduk bola melepasi penjaga gol Ipswich Town, Marton Fulop (dua dari kiri) dalam saingan bola sepak Piala Liga England di Stadium Emirates, semalam. Arsenal menang 3-0. – REUTERS

LONDON – Arsenal hanya dipisahkan dengan satu lagi kemenangan untuk menamatkan kemarau enam tahun tanpa sebarang gelaran selepas menumpaskan Ipswich 3-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Liga England, semalam.

Nicklas Bendtner dan Laurent Koscielny menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit babak pertama, manakala Cesc Fabregas menambah gol ketiga di minit ke-77 untuk membawa Arsenal melangkah ke Stadium Wembley menerusi agregat 3-1.

Kemenangan ini cukup melegakan buat Arsenal yang sebelum ini dikejutkan dengan kekalahan 0-1 kepada Ipswich dalam saingan separuh akhir pertama dan menanti mereka pada final, 27 Februari ini adalah pemenang antara West Ham dan Birmingham City.

West Ham memegang kelebihan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama.

Bagaimanapun, tekanan pasti pasti menggunung dalam persiapan Arsenal untuk menjuarai gelaran pertamanya, kerana peminat amat mengharapkan sesuatu daripada pasukan yang ketandusan trofi sejak menjuarai Piala FA 2005.

Pengurus mereka, Arsene Wenger sedar tekanan berterusan yang diberikan oleh peminat menjadi cabaran utama pasukannya, namun jika mereka mampu melakar kemenangan ia adalah pemangkin kepada Gunners untuk memburu kejuaraan lebih besar.

“Tekanan pasukan kini memuncak kerana peminat mengharapkan mereka turut mencipta kejayaan dalam pertandingan lain. Ia (Piala Liga) bukan satu-satunya sasaran kami, Arsenal mempunyai sasaran lebih besar tetapi kalau kami berjaya menang maka ia akan menjadi motivasi kepada pasukan untuk memenuhi sasaran lain pula,’’ kata Wenger.

Skuad Gunners telah memenangi dua gelaran Piala Liga, mengalahkan Liverpool pada 1987 dan Sheffield Wednesday pada 1993. Piala Liga bulan depan adalah final pertama mereka di Wembley sejak 1998. Pasukan itu menjuarai Piala FA di Stadium Millennium di Cardiff.

Kapten Arsenal, Fabregas antara pemain yang amat terdesak untuk memenangi Piala Liga buat peminat.
“Perlawanan akhir pasti amat sukar tetapi kami akan melakukan yang terdaya kerana peminat berhak mendapat trofi sekali lagi,’’ katanya.

Arsenal berada di ambang penyingkiran selepas kekalahan kepada Ipswich di separuh akhir pertama, malah semalam, skuad Gunners turut diikat tanpa jaringan selepas 60 minit perlawanan berlangsung, sekali gus mencetus rasa cemas di kalangan peminat.

Arsenal turut berdepan tamparan di awal permainan apabila tonggak pertahanan, Bacary Sagna terpaksa dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan kepala selepas berlaga dengan penjaga gol, Wojciech Szczesny. Sagna dikejarkan ke hospital kerana mengalami gegaran otak. – Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga