Ahad, 31 Oktober 2010
Kelantan cuti umum hari ini
KUALA LUMPUR - Hari ini diisytiharkan sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri Kelantan sebagai meraikan kejayaan bersejarah skuad Wira Merah menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir, semalam.
Ia disampaikan oleh seorang pegawai kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemu bual oleh RTM dalam siaran langsung perlawanan edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi TV1.
"Kemenangan ini adalah untuk semua rakyat Kelantan dan saya mewakili Menteri Besar, mengumumkan esok (hari ini) sebagai cuti umum peristiwa buat seluruh negeri ini," katanya.
Sementara itu, penjaring gol penyamaan Kelantan, Hairuddin Omar yang mencetuskan kebangkitan mereka daripada ketinggalan 1-0 untuk menjulang gelaran berprestij bola sepak negara itu, berterima kasih kepada seluruh penyokong dan mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan.
"Terima kasih kerana semua pihak bersungguh-sungguh yang mencipta kejayaan ini biarpun mulanya kami ketinggalan. Piala ini berhak dihadiahkan kepada semua rakyat Kelantan sama ada yang hadir beramai-ramai di Stadium Nasional dan di negeri ini yang tidak henti-henti menyokong pasukan ini," katanya.
Pemain kelahiran Setiu, Terengganu berusia 31 tahun ini, menanduk masuk pada babak kedua untuk memadam gol pendahuluan penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah sebelum Badri Radzi memastikan Piala Malaysia milik Kelantan dengan rembatan kencangnya.
Kejuaraan kali ini turut lebih manis dan pasti terpahat sebagai kenangan indah yang tersendiri dalam karier Hairuddin selepas meraihnya bersama Terengganu pada 2001 dan sebagai pemain Negeri Sembilan yang dipinjamkan oleh kelab negeri asalnya, T-Team, tahun lalu.
Malah jika bekas rakan sepasukan Negeri Sembilan, Shukor Adan diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir tahun lalu, gol penyamaan semalam membawa Hairuddin pula selaku pemilik terbaru gelaran istimewa individu itu.
Penjaring gol kemenangan yang pernah mengetuai Wira Merah, musim lalu, Badri pula menerima anugerah khas penaja, Atasi Diri Anda 100PLUS sambil membawa pulang ganjaran bernilai RM1,000.-Utusan Malaysia Online
PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi |
Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.
“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.
“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.
Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.
Ini memandangkan dia masih berisiko untuk digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) andai rayuannya ditolak.
“Saya akan rehat dahulu dan bercuti. Terpulang kepada Tan Sri Annuar Musa (Presiden Kafa) untuk buat keputusan. Apa pun boleh jadi. Saya tak pasti lagi. Kena tunggulah dahulu keputusan FAM,” jelas Sathianathan.
Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.
Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Hassan pula menyifatkan ketiadaan kapten, Aidil Zafuan Radzak yang mengalami kecederaan pada awal babak kedua sebagai punca pertahanan mereka tiba-tiba rapuh.-Kosmo Online
TAHNIAH.....TAHNIAH.....TAHNIAH....Gomo Kelate Gomo..... Aku suka.. kau suka.... kita semua suka.... walau ada yg sedih... tapi rezeki berpihak pd oghe Kelate.... Alhamdulillah......syukur sangat....
'Lautan merah' kuasai Stadium Nasional
KUALA LUMPUR - 'Lautan merah' penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Kehadiran penyokong 'Hoben Jang Hoben' hanya sekitar 30,000, jelas tidak dapat menandingi jumlah penyokong Red Warriors seramai 60,000 orang.
'Gelombang merah' ribuan penyokong Kelantan tiba di di pekarangan Stadium Nasional seawal pukul 8 pagi dan mendahului memenuhi ruang stadium bermula pukul 4 petang.
Keghairahan penyokong Kelantan sukar dibendung kerana sebaik pukul 7.30 malam, bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka, telahpun dipenuhi 'lautan merah'.
Sementara kebanyakan penyokong Negeri Sembilan pula memilih untuk datang sedikit lewat, iaitu kira-kira setengah jam sebelum perlawanan bermula yang pada pukul 8.45 malam.
Walaupun kalah dari segi jumlah bilangan, penyokong Negeri Sembilan tetap bersemangat ditambah kehadiran kumpulan gendang mengiringi sorakan Hoben Jang Hoben.
Penyokong Red Warriors yang banyak mendiamkan diri pada mulanya, tiba-tiba gamat apabila pemain Kelantan melangkah ke dalam padang untuk melakukan latihan ringan.
Apa yang menarik, penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama melakukan 'gelombang Mexico' atau Mexico wave, membuktikan semangat kesukanan di antara kedua-dua penyokong.-Utusan Malaysia
Sabtu, 30 Oktober 2010
Mampukah NS kekang Kelantan?
KUALA LUMPUR - Kelantan berasa mereka telah matang dengan pengajaran musim lalu manakala Negeri Sembilan percaya seluruh pemainnya mampu menampung kelemahan jentera serangan apabila kedua-duanya mengulangi perhitungan akhir bola sepak Piala Malaysia, malam ini.
Edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil turut membuka peluang terbaik Wira Merah menghadiahkan Sultan Muhammed V atas pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan.
Sedangkan Si Rusa mengidam gelaran berganda musim ini selepas menjulang Piala FA.
Inilah kemaraan keempat Kelantan ke perlawanan akhir Piala Malaysia (termasuk Piala Malaya) selepas 1955, 1970 dan tahun lalu yang kesemuanya dihampakan Singapura, Perak dan Negeri Sembilan sementara lawan turut pernah menjuarainya pada 1948 selain bergelar naib juara 2000 dan 2006.
Namun, musibah kecederaan melanda pasukan masing-masing dengan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melupakan khidmat Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam manakala Rezal Zambery Yahya mungkin sekadar di bangku simpanan Negeri Sembilan dan Rahman Zabul sah diketepikan Wan Jamak Wan Hassan.
"Kami lebih bersedia kali ini dan telah belajar daripada pengalaman tahun lalu. Kami harap dapat menunjukkan apa yang kami pelajari itu kali ini dengan barisan pemain lebih berpengalaman tetapi biarlah label pasukan pilihan itu bukan ditujukan pada kami,'' kata Sathianthan.
Wan Jamak pula berkata: "Akibat kecederaan (Rahman, Rezal dan Zaquan Adha Radzak), kami terpaksa mengubah banyak posisi tetapi saya percaya kesebelasan pemain di padang (malam ini) mampu menjaringkan gol termasuk mereka yang baru kali pertama bermain perlawanan akhir Piala Malaysia."
Sathianathan yang memburu gelaran sulung tempatan dalam karier kejurulatihan berharap tuah kali ini menyebelahinya.
''Saya harap nasib bukan lagi menentang saya seperti tahun lalu kerana setiap kali memasuki perlawanan akhir, anda akan berasa mampu menang sedangkan Negeri Sembilan juga sebuah pasukan hebat. Tuah jelas mampu memainkan peranan,'' ujar Sathianathan.
Bagaimanapun Wan Jamak berkata: ''Memang mudah bercakap daripada membuat dan ramai yang berkata lebih banyak tekanan pasti berpihak kepada kami selaku juara bertahan tetapi bagi saya hidup ini sebenarnya satu tekanan.
Kalau tiada tekanan langsung, tidak mungkin kita mampu memperbaiki diri."
Dalam pada itu Sathianathan menegaskan, jika Negeri Sembilan dikatakan tiada penyerang utama atau penjaring gol tetap, bagaimana mereka mampu ke perlawanan akhir?
''Adakah dengan hanya seri 0-0? Kami juga bimbang dengan kecederaan terbaru Akmal Rizal Rakhli walaupun saya harap dia mampu pulih cepat,'' ujarnya.
Sambil mengetepikan perbandingan pencapaian peringkat Kumpulan A Piala Malaysia yang menyebelahi Si Rusa, Wan Jamak turut menyifatkan suasana perlawanan bakal banyak membawa kelainan.
Jelasnya, keputusan malam ini juga bergantung kepada sejauh mana kemampuan sesebuah pasukan itu menangani tekanan dan cuba mengurangkan kesilapan di tengah padang.
Sebagai rekod, Negeri Sembilan menang 1-0 di Kota Bharu dan seri 2-2 dengan Kelantan di Paroi dalam perlawanan Kumpulan A Piala Malaysia dari September hingga awal bulan ini.
Namun, lawan tampak lebih menyerlah sepanjang dua pusingan dan selaku naib juara Liga Super musim ini dengan memenanginya 1-0 dan 3-1.-Utusan Malaysia Online
Sama2lah kita tonton ini mlm...... bola kan bulat..... rezeki siapakah mlm ini.......
Jumaat, 29 Oktober 2010
Habuan menanti jika menang
Skuad Kelantan giat menjalani latihan di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Bharu, semalam |
Beliau, sebaliknya meminta penyokong yang bertandang ke Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan The Red Warriors dengan Negeri Sembilan itu memelihara semangat kesukanan yang tinggi.
"Dua perkara yang kita mahukan, pertama kita mahu menang dan kedua, jangan ada keganasan. Walaupun mengganas di padang bola ia akan memalukan negeri Kelantan. Kita tidak mahu perkara itu berlaku.
"Saya mahu penyokong Kelantan pergi dengan semangat kesukanan, suasana dan akhlak kena jaga. Nak sorak, soraklah tapi jangan sampai lempar botol. Itu budaya orang Eropah, mereka tidak ada akhlak," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, beliau yakin Kelantan akan menang dan para penyokong juga mampu menunjukkan teladan yang baik dengan sentiasa berpegang kepada akhlak yang dianjurkan oleh Islam.
Jelasnya, kerajaan negeri akan turut memberi insentif kepada pemain bola sepak Kelantan kerana berjaya ke peringkat akhir Piala Malaysia.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah insentif yang bakal dihadiahkan kepada pemain terbabit, tetapi berbeza dengan musim lalu.
"Insya-Allah kita akan berikan insentif kepada pemain cuma kalau saya beri pula pergi ke Mekah, hanya boleh dirasai oleh orang yang ke sana sahaja. Isteri dan anak-anak di rumah tak dapat merasa.
"Insya-Allah kita akan beri wang tunai supaya mereka (pemain) sekeluarga dapat rasa. Jumlahnya tak akan diberitahu. Kalau kalah pun kita akan beri juga sebagai tanda menghargai kesungguhan pemain," ujarnya.
Nik Aziz memberitahu, beliau akan diwakili oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub untuk menyaksikan perlawanan tersebut sebagai tanda sokongan kepada pasukan Kelantan.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan memberikan cuti umum pada 31 Oktober ini bagi memudahkan penyokong ke Bukit Jalil menyaksikan perlawanan tersebut, Nik Abdul Aziz berkata: "Cuti tak boleh beri sebab dah cuti untuk pilihan raya (Galas) pada 4 November. Kerajaan negeri dah beri cuti peristiwa untuk pilihan raya, jadi kita tak boleh beri cuti untuk bola kali ini."-Utusan Malaysia Online
Betul tu....kawe sokong....tengok bola wa cagho tengok bola...tok soh dok wat onar.... malu weh... lamo ke oghe ingak kito oghe daraq.....
Khamis, 28 Oktober 2010
Hernandez berbisa
LONDON - Javier Hernandez menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan bagi membantu Manchester United layak ke suku akhir Piala Liga, selepas menang 3-2 ke atas Wolves, semalam.
Hernandez, yang menjaringkan dua gol ketika United menang ke atas Stoke City, sekali lagi menjadi hero Red Devils, apabila masuk sebagai pemain gantian pada sembilan minit terakhir perlawanan.
Penyerang berusia 22 tahun itu, yang kerap mengancam kubu Wolves sebaik sahaja dimasukkan, berjaya mengelirukan pertahanan lawan, sebelum melepaskan rembatan kencang pada minit ke-90.
United mendahului dua kali pada babak kedua melalui pemain Portugal terbaru, Bebe dan Park Ji-Sung, sebelum disamakan George Elokobi dan Kevin Foley.
Bos United, Alex Ferguson memuji prestasi Hernandez, selepas dia memastikan United mara untuk mempertahankan kejuaraan.
"Kami masih dalam proses membentuk Hernandez, tetapi dia cepat matang dan begitu profesional.
''Dia adalah orang pertama yang masuk ke dalam padang setiap kali latihan, juga orang terakhir meninggalkan padang.
''Jaringannya dalam setiap perlawanan, menunjukkan dia layak mendapat pujian.
''Dia seorang pemain yang tahu jika dia mendapat peluang, dia akan memanfaatkan peluang berkenaan.
''Dia mempunyai sikap positif setiap kali perlawanan. Dia adalah seorang pemain yang mahu belajar dan tahu cara untuk menjaringkan gol.
''Dia berusaha keras setiap hari dan layak mendapatkan gol pada penghujung perlawanan.
''Dia adalah hero terbaru United dan saya yakin dia boleh pergi lebih jauh, '' kata Wes Brown.
Dalam perlawanan pusingan keempat lain, impian Northampton untuk mara berkecai, apabila kalah 1-3 kepada Ipswich di Portman Road. - AFP
Rabu, 27 Oktober 2010
Tidak adil salahkan Torres
Fernando Torres |
Menurutnya, tiada sokongan dari pemain di posisi lain, menyumbang kepada prestasi suram pemain Sepanyol itu.
Torres menjaringkan gol kedua dalam 11 penampilannya bersama skuad Roy Hodgson pada Ahad lalu, ketika Reds mengalahkan Blackburn Rovers.
Keputusan itu ternyata memberikan kelegaan buat pengurusnya, Hodgson.Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi subjek kritikan ketika ini, dengan Hodgson berkata, kekecewaan pada Piala Dunia lalu, menyebabkan Torres beraksi di bawah keupayaan sebenar.
Reina menyokong keyakinan Hodgson bahawa jaringan kemenangan ke atas Rovers, akan menjadi inspirasi kebangkitan Torres.
Namun, Reina mengenalpasti prestasi hambar rakan sepasukan yang lain, turut menyumbang kegagalan Torres meledak gol.
Katanya, peningkatan penyerang utama Liverpool itu tidak boleh disandarkan di bahu Torres sahaja.
"Semua penyerang adalah berkaitan dengan jaringan gol.
"Mereka mahu menjaringkan gol. Mereka mahu menjaringkan gol seperti mana yang dilakukan oleh Fernando ketika menentang Blackburn.
''Saya rasa dia boleh membina sentuhannya seperti sebelum ini.
''Apa yang terjadi kepadanya, sama seperti yang dialami oleh David Villa di Barcelona.
"Mereka adalah pemain yang hebat, namun apabila penyerang tidak menjaringkan gol, ramai yang akan kecewa terhadap mereka. Ia tidak adil.
''Saya tidak rasa pemain lain telah membantunya seperti mana yang sepatutnya, terutama sejak beberapa minggu lalu. Dia hampir tidak melakukan apa-apa.
''Kita memang mengetahui dia seorang pemain yang mampu memberi kemenangan kepada pasukannya, namun kita tidak boleh mengharap dia melakukannya berseorangan.
''Kita perlu membuka gerakan gol. Itu yang dia mahukan,'' katanya. - Agensi(Utusan Malaysia)
Itu baru betul....semangat kesukanan....jgn asyik nak salahkan seorang aja.... nama pun main berpasukan.... jadi satu pasukan tu la muhasabah diri masing2......
Selasa, 26 Oktober 2010
FAM tangguh gantung Sathia
GIGIH...Sathia (kiri) mahu tutup mulut pengkritik dengan membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia |
Keputusan menggembirakan itu membolehkan bekas pengendali skuad kebangsaan itu kembali berada di bangku pemain simpanan pada final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan pengerusi Jawatankuasa Rayuan, Ganarajah C. Ayathurai sudah memperhalusi surat rayuan yang dihantar Sathianathan petang semalam.
“Beliau bersetuju terdapat asas untuk dipertimbangkan dan hukuman itu ditangguhkan sehingga jawatankuasa itu bersidang pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya.
Penangguhan itu adalah berdasarkan Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM 2010.
Pada Jumaat lalu, Sathianathan digantung enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Jawatankuasa Disiplin kerana bersalah mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dengan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super.
Sathianathan bagaimanapun menjalani hukuman awal itu dengan duduk bersama penonton dan memberi arahan melalui walkie talkie kepada pembantunya, Hashim Mustapha ketika separuh akhir pusingan kedua menentang Kedah, Sabtu lalu.
Situasi ini pastinya menggembirakan penyokong Kelantan yang marah dengan tindakan FAM itu ketika mereka berada di landasan terbaik untuk memburu kali pertama Piala Malaysia malah turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi secara aman. -myMetro
Isnin, 25 Oktober 2010
Penggantungan Sathia tidak rencat Kelantan
SathianaTHan (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemain selepas Kelantan mengalahkan Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin |
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, inilah masanya untuk pemain menghadiahkan kemenangan kepada Sathianathan, yang banyak berkorban untuk pasukan itu dengan membenam skuad `hoben jang hoben’.
“Kelantan akur dengan penggantungan Sathianathan dan saya yakin moral pemain Kelantan sama sekali tidak terjejas, sebagaimana yang ditunjukkan sewaktu menewaskan Kedah 1-0.
“Sebab itu peluang kali kedua bertemu Negeri Sembilan pada final, pemain perlu bersemangat tinggi dan buktikan kepada Sathia akan kemampuan kita di Bukit Jalil nanti,” katanya selepas separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, kelmarin.
Pada perlawanan itu, Kelantan menewaskan pasukan Kenari 1-0 hasil sepakan sudut pemain kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79.
Perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan pada final nanti, mengulangi sejarah tahun lalu, yang menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara pada edisi ke-83 piala tersebut.
Dua hari lalu, Lembaga Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung Sathianathan selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah, bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super, musim lepas.
Pada perlawanan kelmarin, Sathianathan hanya menyaksikan pasukannya bermain di tempat duduk penonton dengan dilihat menggunakan walkie talkie untuk memberi arahan kepada penolongnya, Hashim Mustapha dan pengurus pasukan, Azman Ibrahim.
Mengulas perlawanan itu, Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, beliau berpuas hati dengan corak permainan Kelantan, yang bermain bermati-matian untuk menewaskan Kedah.
“Walaupun menang tipis, kemampuan yang ditunjukkan kesebelasan utama anak buah Sathianathan sudah cukup meyakinkan kita tidak menghadapi masalah menentang Negeri Sembilan di Bukit Jalil nanti,” katanya.
Mengulas imbuhan, Annuar berkata Kafa akan memberi bonus kepada pemain kerana berjaya mara ke final.-Utusan Malaysia Online
InsyaAllah kito buleh.....main molek deh..... bia oghe nok kato gapo pung... janji kito masuk final .....
Ahad, 24 Oktober 2010
Rooney main wayang?
LONDON - Wayne Rooney membuat 'pusingan U', apabila mengumumkan kekal bersama Manchester United dan bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, semalam.
Keputusan itu mengundang persoalan, mungkinkah penyerang England itu sekadar 'main wayang' setelah bersungguh-sungguh menunjukkan keinginan untuk meninggalkan United.
Laman web kelab itu menyatakan: ''Wayne Rooney telah bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun bersama United, sehingga Jun 2015''..
Rooney, yang dilaporkan menuntut gaji sebanyak 150,000 pound (RM734,650) seminggu selepas cukai, menegaskan persetujuan itu dibuat, setelah Alex Ferguson memberi jaminan bahawa United akan terus komited sebagai pasukan yang hebat.''Saya gembira menandatangani kontrak baru ini.
''Sejak beberapa hari lalu, saya telah berbincang dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka telah menyakinkan bahawa saya seharusnya berasa bangga bersama kelab ini.
''Pengurus (Ferguson) seorang yang bijak, kepercayaan serta keyakinan beliau, menjadi faktor utama untuk saya kekal di sini.
''Saya telah menandatangani perjanjian baru yang mana kepercayaan pihak pengurusan, kakitangan kejurulatihan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, yang merupakan faktor utama saya menyertai kelab ini.''
Sebelum ini, Ferguson mendedahkan rundingan kontrak dengan Rooney, yang tamat Ogos lalu, gagal menemui penyelesaian dan menyatakan pemain itu akan dijual.
Kenyataan Ferguson bahawa Rooney tidak menghormati United, menggambar hubungan dingin di antara dua mereka. Ini disebabkan kedua-duanya berperang mulut, ekoran keputusan Ferguson merehatkan pemain itu dalam tiga perlawanan, kerana cedera buku lali.
Namun, semalam Ferguson gembira dengan keputusan Rooney: ''Minggu ini amat sukar, tetapi liputan hangat yang diberikan, sememangnya sudah dijangka.
''Saya berkata kepadanya bahawa pintu sentiasa terbuka untuknya, saya gembira Wayne bersetuju untuk kekal.
''Kadang kala, apabila anda berada di kelab ini, sukar untuk anda menyedari betapa pentingnya kelab ini. Sehinggalah berlaku sesuatu, barulah anda lebih memahami.
''Saya rasa Wayne kini memahami apakah kehebatan kelab seperti Manchester United ini.''
Rooney dikaitkan dengan perpindahan Manchester City, yang membangkitkan kemarahan penyokong.
Sekumpulan penyokong berhimpun di depan kediaman pemain itu, sebagai membantah keputusannya, sehingga polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tersebut. - AFP (Utusan Malaysia Online)
Sabtu, 23 Oktober 2010
Nor Shahrul, Akmal mampu benam Kedah
KOTA BHARU - Meskipun Kedah mempunyai rekod baik di Stadium Sultan Muhammed IV musim ini, Kelantan sudah bersiap sedia untuk menjadikan lawan mereka itu sebagai mangsa, selepas menjinakkan Selangor dalam saingan Piala Malaysia.
Beraksi di depan 25,000 penyokong setia mereka, Kelantan pasti mempunyai kelebihan psikologi pada separuh akhir kedua Piala Malaysia, hari ini.
Kelantan dilimpahi pelbagai berita gembira apabila penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talha akan beraksi, setelah digantung akibat menerima kad merah.
Gandingan Nor Shahrul dan Akmal Rizal Rakhli, pasti meresahkan pertahanan Kedah.
Gandingan Nor Shahrul-Akmal telah meledak lapan gol setakat ini dan ini memaksa pertahanan Kedah, terutama penjaga gol mereka, Helmi Eliza Elias perlu bekerja lebih keras.
Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan berkata, pasukannya membuat persiapan rapi untuk perlawanan hari ini.
"Kedah sebuah pasukan yang hebat. Prestasi di atas kertas juga memihak kepada mereka.
''Kedah mempunyai lima pemain kebangsaan. Mahu tak mahu, kita kena bagi yang terbaik pada perlawanan malam esok,'' katanya ketika ditemui, semalam.
Ditanya mengenai peluang pasukannya pada perlawanan hari ini, bekas pengendali skuad kebangsaan itu memberitahu: "Saya yakin kita mampu ke perlawanan akhir. Ini berdasarkan apa yang pemain tunjukkan pada perlawanan separuh akhir pertama, walaupun kita terpaksa membuat pertukaran pemain dalam tempoh sepuluh minit.
"Pemain tetap fokus dan berjaya mencipta beberapa peluang gol dalam perlawanan tersebut, inilah yang kita mahukan,'' katanya.
Tambahnya, untuk perlawanan hari ini, beliau akan membuat sedikit perubahan taktikal bagi mengisi kekosongan Azizi Mat Rose, yang cedera.
"Perubahan taktikal terpaksa dilakukan, namun bagi saya ia tidak menjejaskan persiapan saya. Rata-rata pemain yang saya miliki mampu beraksi seperti yang saya mahukan.
"Inilah peluang mereka yang tidak tersenarai sebelum ini untuk membuktikan sesuatu kepada pasukan,'' katanya.
Sathianathan juga berkata, Kelantan juga bersedia jika permainan diheret sehingga ke masa tambahan.-Utusan Malaysia Online
Diharap pasukan Kelantan dpt melakukannya dgn terbaik sekali...jgn hampakan kami... Apa2 pun kita berdoa agar perlawanan ini berpihak kpd Kelantan..... Kepada penyokong Kelate...tunjukkan semangat kesukanan yg jitu....jgn huru-hara keadaan.... malu weh.....
Jumaat, 22 Oktober 2010
Alasan Rooney
MANCHESTER: Wayne Rooney mengesahkan dia mahu berpindah dari Manchester United, semalam dan berkata keputusan itu diambil selepas kelab Old Trafford itu tidak lagi mampu memikat pemain terbaik dunia.
Sehari selepas pengurus United, Alex Ferguson mendedahkan Rooney memilih untuk tidak menandatangani kontrak baru, bintang berusia 24 tahun itu memecahkan kebuntuan dengan berkata pemergiannya bukanlah disebabkan soal wang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum aksi Liga Juara-Juara di antara United dengan Bursaspor, Rooney berkata dia mengambil keputusan berpindah selepas kelab gagal menjamin bahawa mereka akan terus mendapatkan bakat-bakat elit.
“Memang benar ejen serta saya sendiri ada bertemu dengan pegawai kelab untuk membincangkan kontrak baru,” kata Rooney.
“Dalam beberapa pertemuan yang berlangsung Ogos lalu, saya ada meminta kelab untuk memastikan mereka mampu menarik minat pemain utama dunia.
“Saya bertemu dengan (ketua eksekutif Manchester United) David Gill minggu lalu dan beliau tidak boleh beri saya jaminan itu.” Rooney turut menafikan kenyataan Ferguson yang menyebut dia gagal menghormati kelab dengan meluahkan hasrat untuk berpindah.
“Saya terkejut dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Alex,” kata Rooney.
“Saya tidak pernah gagal untuk menghormati MUFC. Bagaimana saya tergamak untuk tidak menghormati kelab sedangkan mereka mempunyai sejarah yang menarik terutamanya sepanjang enam tahun saya berada di sini? “Bagi saya, ia adalah mengenai kejuaraan - seperti yang selalu dilakukan sepanjang dibimbing Alex. Disebabkan itu, saya rasa soalan saya itu adalah sangat wajar.
“Walaupun saya berdepan semua kesukaran ini, saya tahu bahawa saya banyak berhutang dengan Alex Ferguson. Beliau seorang pengurus yang hebat dan mentor yang sering membantu saya sejak saya berpindah dari Everton pada usia 18 tahun.
“Saya sangat yakin beliau akan terus berjaya kerana beliau seorang genius.” - AFP(myMetro)
Kalau tengah laku....boleh la nak pindah randah........
IMBAS KEMBALI...aksi Rooney ketika United menentang West Ham di Old Trafford, Ogos lalu |
Sehari selepas pengurus United, Alex Ferguson mendedahkan Rooney memilih untuk tidak menandatangani kontrak baru, bintang berusia 24 tahun itu memecahkan kebuntuan dengan berkata pemergiannya bukanlah disebabkan soal wang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum aksi Liga Juara-Juara di antara United dengan Bursaspor, Rooney berkata dia mengambil keputusan berpindah selepas kelab gagal menjamin bahawa mereka akan terus mendapatkan bakat-bakat elit.
“Memang benar ejen serta saya sendiri ada bertemu dengan pegawai kelab untuk membincangkan kontrak baru,” kata Rooney.
“Dalam beberapa pertemuan yang berlangsung Ogos lalu, saya ada meminta kelab untuk memastikan mereka mampu menarik minat pemain utama dunia.
“Saya bertemu dengan (ketua eksekutif Manchester United) David Gill minggu lalu dan beliau tidak boleh beri saya jaminan itu.” Rooney turut menafikan kenyataan Ferguson yang menyebut dia gagal menghormati kelab dengan meluahkan hasrat untuk berpindah.
“Saya terkejut dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Alex,” kata Rooney.
“Saya tidak pernah gagal untuk menghormati MUFC. Bagaimana saya tergamak untuk tidak menghormati kelab sedangkan mereka mempunyai sejarah yang menarik terutamanya sepanjang enam tahun saya berada di sini? “Bagi saya, ia adalah mengenai kejuaraan - seperti yang selalu dilakukan sepanjang dibimbing Alex. Disebabkan itu, saya rasa soalan saya itu adalah sangat wajar.
“Walaupun saya berdepan semua kesukaran ini, saya tahu bahawa saya banyak berhutang dengan Alex Ferguson. Beliau seorang pengurus yang hebat dan mentor yang sering membantu saya sejak saya berpindah dari Everton pada usia 18 tahun.
“Saya sangat yakin beliau akan terus berjaya kerana beliau seorang genius.” - AFP(myMetro)
Kalau tengah laku....boleh la nak pindah randah........
Khamis, 21 Oktober 2010
Kedah, Kelantan terikat tanpa jaringan
ALOR SETAR – Kedah gagal menggunakan kesempatan untuk mencari kemenangan di gelanggang sendiri, apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Darulaman, semalam.
Namun, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kedah beraksi tanpa dua tonggak, Mat Sabree Abu dan Khairul Helmi Johari, kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, tetap berupaya mengimbangi aksi Kelantan.
Kerancakan aksi antara Kedah dengan Kelantan terhidang sebaik perlawanan bermula. Malah baru sahaja 15 minit berlangsung, empat pemain, tiga pasukan pelawat dan seorang tonggak tuan rumah terpaksa dikeluarkan, kerana mengalami kecederaan.
Walaupun tanpa tonggak, khususnya Kedah yang gagal menggunakan khidmat Mat Sabree dan Khairul Helmi kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, pasukan tuan rumah tetap melakukan beberapa asakan ke kubu lawan.
Kehadiran semula Ahmad Fauzi Shaari, yang menjadi ketua pasukan selepas berehat panjang akibat kecederaan, menyuntik semangat Kedah untuk memberi tekanan kepada Kelantan, tetapi ketumpulan barisan serangan menyelamatkan pasukan pelawat.
Di sebalik keghairahan menyerang, Kelantan bangkit menyusun gerakan untuk kembali mencemaskan tuan rumah.
Bagaimanapun, beberapa percubaan gagal disempurnakan termasuk tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin melepasi palang pada minit ke-20.
Perlawanan kemudiannya kembali seimbang, apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gagal mencari jaringan sehingga berakhir babak pertama.
Namun, perlawanan bertambah hangat sebaik separuh masa kedua berlangsung, apabila kedua-dua pasukan berhempas pulas mencari jaringan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
Pasukan pelawat memperoleh kesempatan terbaik, namun sepakan percuma Muhd. Nor Farhan Mohamad ditanduk kencang pemain gantian, Khairan Eroza Razali tetapi bola hanya melepasi tiang gol pada minit ke-55.
Dua minit kemudian, giliran tuan rumah mendapat peluang terbaik namun rembatan deras hasil sepakan percuma Badrul Bakhtiar, tepat ke dalam dakapan penjaga gawang, Khairul Che Mat.
Kelantan membalas menerusi beberapa asakan balas yang mencemaskan tuan rumah, namun tetap gagal sehingga berakhir perlawanan untuk berkesudahan tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam separuh akhir kedua di Kelantan, Sabtu ini.-Utusan online
Gi Kelate gi......mudah2an menee pak sedighi... tapi jange dok wat onar.... tok se bedil2.... nanti oghe ingak kito ni nakal bena.....
Namun, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kedah beraksi tanpa dua tonggak, Mat Sabree Abu dan Khairul Helmi Johari, kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, tetap berupaya mengimbangi aksi Kelantan.
Kerancakan aksi antara Kedah dengan Kelantan terhidang sebaik perlawanan bermula. Malah baru sahaja 15 minit berlangsung, empat pemain, tiga pasukan pelawat dan seorang tonggak tuan rumah terpaksa dikeluarkan, kerana mengalami kecederaan.
Walaupun tanpa tonggak, khususnya Kedah yang gagal menggunakan khidmat Mat Sabree dan Khairul Helmi kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, pasukan tuan rumah tetap melakukan beberapa asakan ke kubu lawan.
Kehadiran semula Ahmad Fauzi Shaari, yang menjadi ketua pasukan selepas berehat panjang akibat kecederaan, menyuntik semangat Kedah untuk memberi tekanan kepada Kelantan, tetapi ketumpulan barisan serangan menyelamatkan pasukan pelawat.
Di sebalik keghairahan menyerang, Kelantan bangkit menyusun gerakan untuk kembali mencemaskan tuan rumah.
Bagaimanapun, beberapa percubaan gagal disempurnakan termasuk tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin melepasi palang pada minit ke-20.
Perlawanan kemudiannya kembali seimbang, apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gagal mencari jaringan sehingga berakhir babak pertama.
Namun, perlawanan bertambah hangat sebaik separuh masa kedua berlangsung, apabila kedua-dua pasukan berhempas pulas mencari jaringan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
Pasukan pelawat memperoleh kesempatan terbaik, namun sepakan percuma Muhd. Nor Farhan Mohamad ditanduk kencang pemain gantian, Khairan Eroza Razali tetapi bola hanya melepasi tiang gol pada minit ke-55.
Dua minit kemudian, giliran tuan rumah mendapat peluang terbaik namun rembatan deras hasil sepakan percuma Badrul Bakhtiar, tepat ke dalam dakapan penjaga gawang, Khairul Che Mat.
Kelantan membalas menerusi beberapa asakan balas yang mencemaskan tuan rumah, namun tetap gagal sehingga berakhir perlawanan untuk berkesudahan tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam separuh akhir kedua di Kelantan, Sabtu ini.-Utusan online
Gi Kelate gi......mudah2an menee pak sedighi... tapi jange dok wat onar.... tok se bedil2.... nanti oghe ingak kito ni nakal bena.....
Selasa, 19 Oktober 2010
'Gangguan' kacau tumpuan
KUALA LUMPUR - Siti Zalina Ahmad semalam membuat pendedahan yang mengejutkan mengenai punca kegagalannya mempertahankan pingat emas pada Sukan Komanwel XIX.
Dakwanya, wujud 'gangguan' daripada kem boling padang Malaysia sendiri hingga menyebabkan konsentrasinya pada hari terakhir terjejas teruk.
Bagaimanapun sebelum isu 'gangguan' yang didakwa Siti Zalina itu timbul, semangat sebahagian besar pemain negara sudahpun merudum ekoran tindakan Persekutuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM) mengetepikan jurulatih kebangsaan, Mohd. Aziz Maswadi daripada kontinjen ke New Delhi pada saat akhir.
Tindakan tersebut memberi tamparan hebat kepada pemain, terutama yang berada di bawah bimbingan Aziz iaitu acara berpasangan dan perseorangan.
Natijahnya, keadaan di New Delhi menjadi huru hara, termasuk berlakunya perubahan kombinasi pada saat akhir sehingga mewujudkan suasana tidak selesa yang akhirnya membawa kepada kegagalan Malaysia membawa pulang walau sebutir pun daripada empat emas yang disasarkan.
"Sesuatu telah terjadi (pada hari terakhir). Ia menyebabkan saya sangat marah, tertekan dan akhirnya menganggu konsentrasi. Begitupun saya minta maaf kerana tidak dapat mendedahkan insiden itu dengan lebih terperinci,'' kata Siti Zalina, yang tidak dapat 'membuka mulut' kerana terikat dengan surat aku janji yang telah ditandatangani dengan persatuan.
Dia ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sekembalinya dari New Delhi, semalam.
Bagaimanapun, kata pemain No. 3 dunia itu, dia merayu Presiden PLBM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid agar memberi perhatian serius kepada masalah tersebut dan mendengar sendiri cerita dari mulut atlet yang bertanding pada Sukan Komanwel.
Sementara itu, pemain trio dan berpasangan wanita pula didakwa menjadi mangsa kekalutan pengurusan PLBM di New Delhi.
Kombinasi pemain berpengalaman, Norhashimah Ismail dan Nor Iryani Azmi dipecah pada saat akhir, biarpun kedua-dua pemain tidak melakukan latihan bersama.
Norhashimah digandingkan dengan Zuriani Khalid manakala Nor Iryani pula membarisi acara trio bersama Azlina Arshad dan Nur Fidrah Noh. Mujurlah, pengalaman besar Norhashimah sepanjang mewakili negara sejak Sukan Komanwel 1998 membantu acara berpasangan meraih pingat perak.
Namun, acara trio wanita, yang disasarkan emas gagal tersingkir pada suku akhir.
Aziz ketika dihubungi mengakui, kecewa melihat perkembangan di New Delhi dan berasa 'kasihan' kepada atlet kerana gagal meraih sebarang emas biarpun mereka mampu melakukannya.
Paling menyedihkan, adalah kegagalan Siti Zalina mempertahankan kejuaraan yang dimenangi di Manchester 2002 dan Melbourne 2006.
"Dalam apa sukan sekalipun, atlet memerlukan jurulatih. Ia bukan saja soal menaikkan semangat tetapi membuat keputusan berkaitan teknikal dan strategi.
"Ramai pemain menyuarakan rasa tidak gembira sebaik mendapat tahu nama saya diketepikan, masakan tidak kami telah bekerjasama rapat sepanjang persiapan ke Sukan Komanwel. Kami selalu berbincang mengenai teknikal dan strategi, malah saya sering menjadi tempat atlet mengadu masalah. Tetapi saya tiada kuasa apa-apa untuk membuat keputusan,'' ujar Aziz.
PLBM diberi tiga kuota untuk pegawai, satu dipenuhi oleh timbalan presiden, Jamal Abdul Nasir Bakar yang bertindak sebagai pengurus, satu lagi oleh Azizan Mohd. Zain (Naib Presiden PLBM, Penolong Pengurus) dan kuota ketiga diisi Ariffin Abdul Ghani selaku ketua jurulatih.
Majlis Sukan Negara (MSN) ketika diminta menjelaskan bagaimana nama Aziz boleh tercicir daripada pasukan menjelaskan, keputusan dibuat oleh PLBM.
"Kami sendiri sebenarnya tidak bersetuju apabila nama Aziz diketepikan, tetapi PLBM memberi hujah dalam boling padang pengurus juga boleh bertindak sebagai jurulatih.
"Biarpun tidak bersetuju dengan PLBM dalam soal jurulatih, tetapi MSN tidak mahu terlalu mencampuri keputusan persatuan, lagipun mereka sebelum ini mempunyai rekod baik apabila bertanding pada kejohanan individu sama ada dengan atau tanpa diiringi jurulatih,'' kata Pengarah Cawangan Elit MSN, Ariffin Ghani, yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja antara MSN dengan PLBM.-Utusan Malaysia Online 19.10.10
Macam mana sukan nak maju kalau asyik ada pertelingkahan dalam persatuan.... banyak sangat politik......
Rooney bakal meninggalkan MU
LONDON – Wayne Rooney bakal meninggalkan Manchester United berikutan beberapa perselisihan faham dengan pengurus, Alex Ferguson.
Perbincangan kontrak baru yang akan mengekalkan Rooney di Old Trafford sehingga penghujung kariernya telah tertangguh, sekali gus membuka jalan buat penyerang England itu meninggalkan United pada musim perpindahan Januari depan.
Hubungan Ferguson dan Rooney semakin renggang sejak penyerang berusia 24 tahun itu kembali daripada tugasan antarabangsa bersama England minggu lepas.
Semuanya berpunca daripada beberapa perselisihan faham berikutan pembongkaran skandal seks Rooney yang turut menyaksikan Ferguson mengetepikan penyerang England tersebut dalam skuad United.
Penyerang itu diketepikan ketika United menentang bekas kelabnya, Everton seminggu selepas skandal tersebut terbongkar.
Ferguson menjelaskan bahawa beliau hanya mahu melindungi penyerang itu daripada kutukan peminat Everton yang enggan memaafkannya kerana meninggalkan Goodison Park pada 2004.
Tetapi sebenarnya Ferguson memberitahu Rooney bahawa keputusan berkenaan dibuat sebagai hukuman terhadap isu peribadinya itu dan juga berdasarkan ramalannya bahawa prestasi penyerang tersebut akan terjejas.- sumber Berita Online
Itulah nak main bola....mainlah betul2..asyik nak skandal aje.... kan dah susah.....
Rooney |
Perbincangan kontrak baru yang akan mengekalkan Rooney di Old Trafford sehingga penghujung kariernya telah tertangguh, sekali gus membuka jalan buat penyerang England itu meninggalkan United pada musim perpindahan Januari depan.
Hubungan Ferguson dan Rooney semakin renggang sejak penyerang berusia 24 tahun itu kembali daripada tugasan antarabangsa bersama England minggu lepas.
Semuanya berpunca daripada beberapa perselisihan faham berikutan pembongkaran skandal seks Rooney yang turut menyaksikan Ferguson mengetepikan penyerang England tersebut dalam skuad United.
Penyerang itu diketepikan ketika United menentang bekas kelabnya, Everton seminggu selepas skandal tersebut terbongkar.
Ferguson menjelaskan bahawa beliau hanya mahu melindungi penyerang itu daripada kutukan peminat Everton yang enggan memaafkannya kerana meninggalkan Goodison Park pada 2004.
Tetapi sebenarnya Ferguson memberitahu Rooney bahawa keputusan berkenaan dibuat sebagai hukuman terhadap isu peribadinya itu dan juga berdasarkan ramalannya bahawa prestasi penyerang tersebut akan terjejas.- sumber Berita Online
Itulah nak main bola....mainlah betul2..asyik nak skandal aje.... kan dah susah.....
Jumaat, 15 Oktober 2010
Elaine raih RM180,000
GANJARAN lumayan menanti atlet gimnastik berirama, Elaine Koon selepas memenangi empat pingat, satu emas, satu perak dan tiga pingat gangsa di Stadium Indira Gandhi, semalam.
Elaine, 16, memenangi pingat emas acara gelung, perak untuk bola dan dua gangsa melalui tali dan riben. Kelmarin, Elaine memenangi pingat gangsa keseluruhan individu untuk pingat pertamanya di Sukan Komanwel New Delhi.
Kejayaan itu menjadikan dirinya sebagai atlet negara yang bakal menerima imbuhan wang tunai tertinggi di New Delhi. Keseluruhan Elaine bakal menerima RM180,000, mengatasi jumlah diterima jaguh beregu badminton, Koo Kien Keat, RM88,000 dan atlet terjun, Pandelela Riong yang bakal menerima RM100,000.
Yang pasti, pencapaian Elaine memenangi pingat emas satu lagi sejarah baru dicipta atlet negara di temasya New Delhi.
Elaine turut tidak percaya dengan kejayaannya itu kerana dia hanya mensasarkan untuk mengutip pingat dan tidak pernah membayangkan akan dikalungkan pingat emas.
“Hakikatnya, saya terkejut memenangi pingat emas acara gelung kerana riben dan bola menjadi acara kegemaran sebelum ini. "Apapun, saya gembira kerana sekurang-kurangnya berjaya pulang dengan satu pingat emas,” katanya.
Anak gadis berasal dari Kajang, Selangor itu turut terkilan apabila kesilapan dalam acara bola menyebabkan dia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
“Saya mungkin berpeluang memenangi pingat emas jika tidak melakukan kesilapan itu tapi tidak bernasib baik. Saya tetap puas hati kerana berjaya menaiki podium,” kata pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu.
Kejayaan ini mungkin disumbang latihan persiapan tiga minggu di St Petersburg dan juga penyertaan Kejohanan Siri Dunia Moscow.
“Keyakinan saya meningkat dan percaya mampu memenangi pingat di temasya ini. Kini, saya harap mampu mengulangi pencapaian sama di Sukan Asia Guangzhou bulan depan,” katanya lagi.
Salam pembukaan......ini blog aku.......
Wow....x sangka aku ada blog....
Sebenarnya aku ada blog yg bertajuk SukanKu..... tapi entah apa silapnya... aku x boleh nak access blog tersebut....aduhai..... maka tercipta la blog ini.....
Apa2 hal pun..... aku suka nak kongsi apa yg aku suka..... kau x suka kau nya pasal... janji aku happpppyyyyy.......
Sebenarnya aku ada blog yg bertajuk SukanKu..... tapi entah apa silapnya... aku x boleh nak access blog tersebut....aduhai..... maka tercipta la blog ini.....
Apa2 hal pun..... aku suka nak kongsi apa yg aku suka..... kau x suka kau nya pasal... janji aku happpppyyyyy.......
Langgan:
Catatan (Atom)