slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 22 Oktober 2010

Alasan Rooney


IMBAS KEMBALI...aksi Rooney ketika United menentang West Ham di Old Trafford, Ogos lalu
 MANCHESTER: Wayne Rooney mengesahkan dia mahu berpindah dari Manchester United, semalam dan berkata keputusan itu diambil selepas kelab Old Trafford itu tidak lagi mampu memikat pemain terbaik dunia.
Sehari selepas pengurus United, Alex Ferguson mendedahkan Rooney memilih untuk tidak menandatangani kontrak baru, bintang berusia 24 tahun itu memecahkan kebuntuan dengan berkata pemergiannya bukanlah disebabkan soal wang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum aksi Liga Juara-Juara di antara United dengan Bursaspor, Rooney berkata dia mengambil keputusan berpindah selepas kelab gagal menjamin bahawa mereka akan terus mendapatkan bakat-bakat elit.

“Memang benar ejen serta saya sendiri ada bertemu dengan pegawai kelab untuk membincangkan kontrak baru,” kata Rooney.

“Dalam beberapa pertemuan yang berlangsung Ogos lalu, saya ada meminta kelab untuk memastikan mereka mampu menarik minat pemain utama dunia.

“Saya bertemu dengan (ketua eksekutif Manchester United) David Gill minggu lalu dan beliau tidak boleh beri saya jaminan itu.” Rooney turut menafikan kenyataan Ferguson yang menyebut dia gagal menghormati kelab dengan meluahkan hasrat untuk berpindah.

“Saya terkejut dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Alex,” kata Rooney.

“Saya tidak pernah gagal untuk menghormati MUFC. Bagaimana saya tergamak untuk tidak menghormati kelab sedangkan mereka mempunyai sejarah yang menarik terutamanya sepanjang enam tahun saya berada di sini? “Bagi saya, ia adalah mengenai kejuaraan - seperti yang selalu dilakukan sepanjang dibimbing Alex. Disebabkan itu, saya rasa soalan saya itu adalah sangat wajar.

“Walaupun saya berdepan semua kesukaran ini, saya tahu bahawa saya banyak berhutang dengan Alex Ferguson. Beliau seorang pengurus yang hebat dan mentor yang sering membantu saya sejak saya berpindah dari Everton pada usia 18 tahun.

“Saya sangat yakin beliau akan terus berjaya kerana beliau seorang genius.” - AFP(myMetro)

Kalau tengah laku....boleh la nak pindah randah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga