slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 26 Oktober 2010

FAM tangguh gantung Sathia

GIGIH...Sathia (kiri) mahu tutup mulut pengkritik dengan membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia
SKUAD Kelantan memperoleh kemenangan pertama apabila hukuman penggantungan ke atas ketua jurulatihnya, B Sathianathan ditangguhkan serta merta oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.
 
Keputusan menggembirakan itu membolehkan bekas pengendali skuad kebangsaan itu kembali berada di bangku pemain simpanan pada final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan pengerusi Jawatankuasa Rayuan, Ganarajah C. Ayathurai sudah memperhalusi surat rayuan yang dihantar Sathianathan petang semalam.

“Beliau bersetuju terdapat asas untuk dipertimbangkan dan hukuman itu ditangguhkan sehingga jawatankuasa itu bersidang pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya.
 
Penangguhan itu adalah berdasarkan Perkara 7.1.1 dan 7.5.1 Kod Tatatertib FAM 2010.

Pada Jumaat lalu, Sathianathan digantung enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Jawatankuasa Disiplin kerana bersalah mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dengan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super.

Sathianathan bagaimanapun menjalani hukuman awal itu dengan duduk bersama penonton dan memberi arahan melalui walkie talkie kepada pembantunya, Hashim Mustapha ketika separuh akhir pusingan kedua menentang Kedah, Sabtu lalu.

Situasi ini pastinya menggembirakan penyokong Kelantan yang marah dengan tindakan FAM itu ketika mereka berada di landasan terbaik untuk memburu kali pertama Piala Malaysia malah turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi secara aman. -myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga