slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 21 Oktober 2010

Kedah, Kelantan terikat tanpa jaringan

ALOR SETAR – Kedah gagal menggunakan kesempatan untuk mencari kemenangan di gelanggang sendiri, apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dalam perlawanan separuh akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Darulaman, semalam.

Namun, di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersama Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Kedah beraksi tanpa dua tonggak, Mat Sabree Abu dan Khairul Helmi Johari, kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, tetap berupaya mengimbangi aksi Kelantan.

Kerancakan aksi antara Kedah dengan Kelantan terhidang sebaik perlawanan bermula. Malah baru sahaja 15 minit berlangsung, empat pemain, tiga pasukan pelawat dan seorang tonggak tuan rumah terpaksa dikeluarkan, kerana mengalami kecederaan.

Walaupun tanpa tonggak, khususnya Kedah yang gagal menggunakan khidmat Mat Sabree dan Khairul Helmi kerana digantung perlawanan gara-gara mengutip dua kad kuning, pasukan tuan rumah tetap melakukan beberapa asakan ke kubu lawan.

Kehadiran semula Ahmad Fauzi Shaari, yang menjadi ketua pasukan selepas berehat panjang akibat kecederaan, menyuntik semangat Kedah untuk memberi tekanan kepada Kelantan, tetapi ketumpulan barisan serangan menyelamatkan pasukan pelawat.

Di sebalik keghairahan menyerang, Kelantan bangkit menyusun gerakan untuk kembali mencemaskan tuan rumah.

Bagaimanapun, beberapa percubaan gagal disempurnakan termasuk tandukan ketua pasukan, Indra Putra Mahayuddin melepasi palang pada minit ke-20.

Perlawanan kemudiannya kembali seimbang, apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gagal mencari jaringan sehingga berakhir babak pertama.

Namun, perlawanan bertambah hangat sebaik separuh masa kedua berlangsung, apabila kedua-dua pasukan berhempas pulas mencari jaringan untuk menjadikan permainan lebih menarik.

Pasukan pelawat memperoleh kesempatan terbaik, namun sepakan percuma Muhd. Nor Farhan Mohamad ditanduk kencang pemain gantian, Khairan Eroza Razali tetapi bola hanya melepasi tiang gol pada minit ke-55.

Dua minit kemudian, giliran tuan rumah mendapat peluang terbaik namun rembatan deras hasil sepakan percuma Badrul Bakhtiar, tepat ke dalam dakapan penjaga gawang, Khairul Che Mat.

Kelantan membalas menerusi beberapa asakan balas yang mencemaskan tuan rumah, namun tetap gagal sehingga berakhir perlawanan untuk berkesudahan tanpa jaringan. Kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu dalam separuh akhir kedua di Kelantan, Sabtu ini.-Utusan online

Gi Kelate gi......mudah2an menee pak sedighi... tapi jange dok wat onar.... tok se bedil2.... nanti oghe ingak kito ni nakal bena.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga