slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 31 Oktober 2010

'Lautan merah' kuasai Stadium Nasional

SEORANG penyokong Kelantan, Mai Sarah Maimanah (kiri) melukis muka Shafiq Azwan sambil diperhatikan penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan sebelum berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam

KUALA LUMPUR - 'Lautan merah' penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kehadiran penyokong 'Hoben Jang Hoben' hanya sekitar 30,000, jelas tidak dapat menandingi jumlah penyokong Red Warriors seramai 60,000 orang.

'Gelombang merah' ribuan penyokong Kelantan tiba di di pekarangan Stadium Nasional seawal pukul 8 pagi dan mendahului memenuhi ruang stadium bermula pukul 4 petang.

Keghairahan penyokong Kelantan sukar dibendung kerana sebaik pukul 7.30 malam, bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka, telahpun dipenuhi 'lautan merah'.

Sementara kebanyakan penyokong Negeri Sembilan pula memilih untuk datang sedikit lewat, iaitu kira-kira setengah jam sebelum perlawanan bermula yang pada pukul 8.45 malam.

Walaupun kalah dari segi jumlah bilangan, penyokong Negeri Sembilan tetap bersemangat ditambah kehadiran kumpulan gendang mengiringi sorakan Hoben Jang Hoben.

Penyokong Red Warriors yang banyak mendiamkan diri pada mulanya, tiba-tiba gamat apabila pemain Kelantan melangkah ke dalam padang untuk melakukan latihan ringan.

Apa yang menarik, penyokong Kelantan dan Negeri Sembilan bersama-sama melakukan 'gelombang Mexico' atau Mexico wave, membuktikan semangat kesukanan di antara kedua-dua penyokong.-Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga