slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 4 Disember 2010

Obama anggap Fifa salah buat keputusan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berkata, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) membuat ‘keputusan salah’ apabila memilih Qatar dan tidak Amerika sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 dalam apa yang disifatkan akan menjadi faktor utama kemunduran bola sepak di AS.

“Saya berpendapat ia adalah satu keputusan yang salah,” kata Obama yang bersama-sama ribuan rakyat AS melahirkan rasa kecewa ketika menyaksikan pengumuman berkenaan dari Zurich yang mana mesej video darinya menjadi sebahagian daripada persembahan AS.

“Kami amat kecewa. Keputusan itu sukar diterima,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak AS, Sunil Gulati yang menyifatkan kekalahan itu sebagai ‘halangan memajukan sukan itu di masa depan’ di AS.

“Menjadi tuan rumah pada 2022 boleh menjadikan kaki anda bergerak lebih pantas. Peluang itu kini hilang. Mampukah kami berada di sana? Saya yakin kami boleh. Ia memerlukan masa dan perlu bekerja keras.” Ia kegagalan kedua terbesar pembidaan penganjuran sukan buat AS dalam tempoh beberapa tahun.

Tahun lalu, Obama turut membida Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk mengundi penganjuran Sukan Olimpik 2016 di tanah kelahirannya, Chicago, yang menyaksikan mereka tewas. - AFP (myMetro)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga