slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 2 Disember 2010

United tersingkir awal

PARA pemain West Ham melonjak kegembiraan selepas Spector (tengah) meledakkan gol pertama pasukan itu awal pagi semalam.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson kecewa selepas skuad bimbingannya tewas 0-4 kepada West Ham United pada saingan suku akhir Piala Liga awal pagi semalam.
Tindakan Ferguson menyenaraikan ramai pemain simpanan telah mengundang padah apabila juara bertahan itu diaibkan skuad The Hammers di Upton Park.
Tomasz Kuszczak, Chris Smalling, Fabio, Bebe dan Gabriel Obertan gagal mempamerkan aksi cemerlang seperti mana yang mereka pamerkan ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers pada pusingan ketiga lalu.
Pada perlawanan itu, bekas pemain pertahanan United, Jonathan Spector dan Carlton Cole masing-masing menjaringkan dua gol untuk menyingkirkan juara bertahan itu.
West Ham hampir mendahului pada minit ke-16 apabila rembatan Victor Obinna yang terkena Spector telah dibatalkan kerana pemain Amerika Syarikat itu berada pada posisi ofsaid.
"Sudah tentu saya tidak menjangkakan keputusan itu," kata Ferguson.
"Sekiranya kamu menganalisis jaringan yang kami boloskan, sudah tentu ia tidak sepatutnya berlaku.
"Kami tidak menjangkakan, ia adalah gol yang teruk buat kami. Kami memperoleh satu atau dua peluang dan percubaan Gabriel Obertan telah diselamatkan penjaga gol, Robert Green.
"Jaringan itu memusnahkan kami. Kamu tidak boleh memboloskan gol pada peringkat ini.
"Gol pertama adalah pencetus kemenangan bagi mereka. Pada awalnya, kami lebih banyak menguasai permainan. Tetapi jaringan itu telah mengubah permainan.
"Satu-satunya peluang terbaik kami adalah ketika jaringan mereka dibatalkan kerana offside dan gol itu jelas offside." - Agensi(Kosmo)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga