slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 4 Disember 2010

Aksi Blackpool-Man United tangguh

BLACKPOOL, England - Perlawanan laman sendiri Blackpool menentang pendahulu Liga Perdana, Manchester United ditangguhkan kerana padang membeku.

Perlawanan itu dijadualkan akan berlangsung hari ini, namun terpaksa dibatalkan selepas pemeriksaan permukaan padang di Bloomfield Road oleh pengadil perlawanan, Peter Walton.

“Walton telah melahirkan kebimbangan terhadap beberapa kawasan yang terjejas tidak akan mencair dengan sempurna,” ujar Blackpool dalam satu kenyataan.

Bloomfield Road tidak mempunyai pemanasan bawah tanah dan staf stadium hanya mengunakan peniup udara panah untuk cuba mencairkan padang selepas suhu di kawasan barat laut itu jatuh kepada 8 darjah celcius pada malam kelmarin.

United berada di teratas liga minggu lalu dengan hanya perbezaaan dua mata dengan bekas pendahulu, Chelsea serta Arsenal, yang turut mampu merampas kedudukan jika menang hari ini. Blackpool pula berada di kedudukan ke-11 dengan 19 mata. - AP(UMalaysia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga