slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 20 Januari 2011

Lepaskan saya - Hafiz

Muhammad Hafiz Hashim membalas pukulan pemain China, Chen Long pada pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil semalam. Hafiz kalah 14-21, 16-21.

KUALA LUMPUR - Ketika isu peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek belum berkesudahan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima satu lagi tamparan, apabila Muhammad Hafiz Hashim mengumumkan hasrat untuk meninggalkan skuad kebangsaan dan memohon dia dilepaskan.

Kenyataan tersebut hadir selepas kekalahannya kepada pemain China, Chen Long pada pusingan pertama Terbuka Malaysia semalam. Hafiz menegaskan, tindakan untuk keluar BAM tiada kena mengena dengan isu Misbun, mahupun Datuk Lee Chong Wei, yang turut menyuarakan hasrat untuk meninggalkan skuad kebangsaan.

Katanya, hasratnya itu sudah disuarakan kepada Setiausaha BAM, Ng Chin Chai hujung bulan lalu, namun sehingga hari ini BAM tidak memberi sebarang kata putus.

Ditanya punca dia mahu keluar dari BAM, Hafiz menjelaskan: "Saya perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah prestasi saya yang semakin teruk, saya tidak boleh meningkat lagi di BAM walaupun sudah lama di sana.

"Keluar dari BAM antara usaha untuk menyelamatkan karier. Sampai bila saya hanya boleh melihat permainan saya statik? Saya kena melakukan sesuatu, saya kena cuba perkara baru.

"Sama ada saya akan berjaya atau tidak di luar sana, ia bergantung kepada diri saya sendiri. Selagi saya berada dalam skuad kebangsaan dan tidak menunjukkan prestasi baik, orang akan mencemuh saya dan berkata, 'mengapa masih hendak kekalkan dia sedangkan dia tidak bagus."

Menurutnya, memandangkan dia masih mempunyai kontrak dengan BAM sehingga Sukan Olimpik 2012, dia tidak boleh meninggalkan BAM tanpa keizinan, kerana ia mengundang risiko kepada kariernya.

Dia mengakui, antara padah yang mungkin menanti adalah digantung daripada bertanding antarabangsa dan pada usia 29 tahun jika itu berlaku, ia sama seperti 'membunuh' kariernya.

Justeru, Hafiz merayu kepada BAM agar melepaskannya untuk bergerak bebas.

"Saya rasa tiada guna BAM mengekalkan saya kerana permainan saya bukan semakin bagus, saya bukan pemain muda yang berusia 21 tahun. Kalau saya pergi, pemain pelapis juga ada peluang yang lebih bagus untuk mendapat banyak kepercayaan,'' katanya. - Utusan

1 ulasan:

  1. betul tu...lepaskan aje le....org dah x berminat lagi....buat ngabih bogheh ajo....

    BalasPadam

Iklan Mangga