slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 9 September 2011

Mila Kunis Mengaku Tidak Boleh Menulis


Mila Kunis
PELAKON Mila Kunis mengakui dia bukanlah seperti pelakon-pelakon lain yang mempunyai cita-cita untuk bekerja di belakang tabir seperti penulis skrip kerana dia tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
"Bayangkan, saya sering runsing bila mahu menulis e-mel, apatah lagi untuk sebuah skrip filem. Saya tidak mampu melakukannya.
"Walaupun idola saya merupakan seorang yang serba boleh dalam bidang seni, Tina Fey dan Kristen Wiig yang hebat dalam penulisan, saya gagal mengikut cara mereka. Mungkin kerana saya tidak berbakat," seloroh Mila .
Bagaimanapun, kata Mila, kegagalannya dalam penulisan tidak bermakna dia tidak boleh bergaul dengan penulis-penulis skrip yang hebat.
"Tidak berbakat dalam penulisan tidak bermakna kita tidak boleh bergaul dengan mereka. Bagi saya, apabila kita bersama penulis-penulis profesional ini, mereka seolah-olah memberi satu pengajaran menarik dalam kehidupan seharian kita," ujarnya. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga