slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 7 September 2011

‘Saya mahu Rexy kekal’

GIGIH...Rexy sekadar memanaskan badan selepas tiada pemain untuk dilatih di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
GIGIH...Rexy sekadar memanaskan badan selepas tiada pemain untuk dilatih di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.


"SAYA akan pertahankan Rexy (Mainaky) supaya beliau terus kekal bersama BAM,” kata Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh (gambar) mengenai status jurulatih beregu dari Indonesia itu.

Biarpun kenyataan Kenny itu meyakinkan, namun nasib Rexy boleh diibaratkan ‘telur di hujung tanduk’ selepas beregu utama negara Koo Kien Keat-Tan Boon Heong secara terbuka menyuarakan hasrat untuk berlatih di bawah bimbingan Pang Cheh Chang yang kini melatih beregu wanita.

“Buat masa ini tiada perancangan untuk kita menamatkan khidmat Rexy,” kata Kenny.

Tapi sampai bilakah frasa ‘buat masa ini’ akan bertahan? Apakah selama sehari sehingga mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) diadakan esok?  Jika benar mahu mengekalkannya, Rexy yang kini hanya memiliki satu setengah gandingan untuk dilatih iaitu Vountus Indra Mawan-Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid dan Hoon Thien How, perlu diberi tambahan pemain baru, tetapi Kenny tidak dapat mengesahkannya.

“Kita akan bermesyuarat dulu dalam C&T Khamis ini sebelum mengetahui sama ada perlu atau tidak Rexy diberikan pemain baru.

“Mungkin juga kita akan ubah peranannya untuk program latihan lain.

“Apapun, saya ingin tegaskan Kien Keat-Boon Heong masih berada di bawah Rexy meskipun Rexy ada menyuarakan kepada saya beliau sedia melepaskan gandingan itu,” kata Kenny.

Begitupun pagi semalam, Kien Keat-Boon Heong langsung tidak berlatih bersama Rexy, sebaliknya menyertai dua gandingan KLRC, Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari dan Gan Teik Chai-Tan Bin Shen bersama bekas ketua jurulatih BAM, Razif Sidek ketika mereka menumpang latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara. Begitu juga dengan Thien How.

Rexy yang ditemui bagaimanapun berkata beliau hanya mahu menunggu keputusan atau cadangan yang akan dikemukakan pihak pengurusan dalam mesyuarat C&T esok.

“Saya nak lihat dulu apa yang jawatankuasa putuskan. Saya nak tahu apa permintaan mereka. Jika bersyarat, saya juga akan mengemukakan syarat saya,” kata Rexy yang menganggap tindakan Kien Keat-Boon Heong itu didalangi pihak tertentu.

“Jika BAM menerima permintaan saya jelaslah mereka ikhlas, tapi jika tidak, pasti ada orang sudah menentukan kedudukan saya,” katanya.

Ditanya sama ada akan meminta pemain tertentu untuk dilatih, Rexy berkata beliau tidak akan menamakan mana-mana pemain, tetapi akan bertanya kepada BAM mengapa beliau perlu melatih pemain yang diberikan kepadanya itu.

Ketiadaan Vountus-Lutfi yang menyertai kejohanan GP Emas Terbuka Taiwan minggu ini, menyaksikan Rexy berseorangan di satu sudut di Stadium Juara, tanpa pemain untuk dilatih. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga