slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 19 April 2011

Peraturan pakai skirt kurang disenangi


Sania Mirza, pemain tennis India

NEW DELHI: Peraturan baru yang mewajibkan pemain badminton wanita memakai skirt di gelanggang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemain yang terpaksa membiasakan diri dengan peraturan wajib berpakaian itu.

Terbuka India yang akan bermula Selasa depan adalah kejohanan terakhir buat pemain wanita memakai seluar pendek di gelanggang sebelum pemakaian skirt diwajibkan bermula 1 Mei.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengumumkan perubahan pada 2009 itu dengan tujuan menjadikan sukan berkenaan lebih menarik di kalangan penonton dan penaja.

Pakar beregu yang juga pemain wanita popular India, Jwala Gutta yang sentiasa memakai skirt berkata kod baru pemakaian itu mungkin mampu menarik minat ramai, tapi pemain tidak sepatutnya dipaksa memakainya.

“Anda tidak boleh menjadikannya satu perkara wajib kepada setiap orang untuk memakai skirt. Ia terpulang kepada individu untuk mencapai keselesaan masing-masing. Saya tidak tahu jika orang akan gembira jika diarah dan dilarang memakai sesuatu,” katanya.

Pemain nombor tiga dunia, Saina Nehwal yang diletak selaku pilihan utama Terbuka India di kejohanan yang berlangsung pada 26 April hingga 1 Mei depan adalah antara pemain wanita yang lebih gemar menggunakan seluar pendek di atas gelanggang.

Gutta yang memenangi pingat emas Sukan Komanwel tahun lalu bersama pasangannya Ashwini Ponnapa bersetuju dengan adanya usaha mempopularkan lagi sukan itu.

Katanya dia agak tertarik dengan tenis kerana ramai bintang wanita cantik seperti Maria Sharapova atau adik beradik Williams yang mengenakan fesyen pakaian ketika beraksi di gelanggang, sekali gus menjadi bahan diperkatakan selain daripada persembahan mereka.

Pemain tenis wanita utama India, Sania Mirza pernah dikritik hebat ulama Islam negara itu empat tahun lalu apabila memakai skirt ketika beraksi. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga