slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 1 April 2011

Tekad Norshahrul, Kunanlan


DARI kiri, Norshahrul, Ethan, Bryan dan Kunanlan mempamerkan kasut but baru keluaran Adidas, F50 Adizero Prime di Alamanda, Putrajaya semalam.

DUA tonggak utama skuad bola sepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan S. Kunanlan bertekad untuk melakar sejarah membawa Malaysia melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.
Malaysia diundi menentang Taiwan pada pusingan pertama secara timbal balik pada 29 Jun di Kuala Lumpur dan 3 Julai di Taiwan.
Andai menang, Malaysia akan mara ke pusingan kedua dan akan menentang Singapura di tempat lawan pada 23 Julai dan tempat sendiri pada 28 Julai depan.
Jika berjaya mengatasi Singapura, skuad bimbingan K. Rajagobal itu akan mara ke pusingan ketiga selaku 20 pasukan terbaik Asia yang akan dibahagikan kepada lima kumpulan.
Bagi Norshahrul, 25, dia yakin Malaysia mampu melangkah jauh tetapi pada masa yang sama, dia mahu fokus terlebih dahulu pada aksi bertemu Taiwan sebelum memikirkan pertemuan dengan Singapura.
“Saya yakin kita mampu menumbangkan Taiwan walaupun saya tidak pernah jumpa mereka sebelum ini. Jadi pada aksi pertama di laman sendiri, kita perlu mencari kelebihan gol selesa untuk dibawa ke tempat lawan.
“Saya tak risau sangat dengan aksi menentang Singapura kerana kami sudah banyak kali bertemu. Keputu- sannya lebih banyak memihak kepada kita,” kata penyerang skuad Kelantan itu.
Kunanlan, 25, pula berkata, tidak kiralah pasukan mana sekali pun yang akan ditentang, dia berjanji akan beraksi bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian mara ke pusingan ketiga.
“Tak kiralah Taiwan ranking lebih rendah daripada kita. Yang penting kita kena buat yang terbaik ketika perlawanan kerana kadang- kadang pasukan lemah pun boleh mencipta kejutan.
“Jadi saya dan rakan-rakan lain perlu menggandakan usaha bagi memastikan Malaysia dapat bersaing pada saingan peringkat kumpulan,” ujar pemain sayap skuad Negeri Sembilan itu.
Norshahrul dan Kunanlan ditemui Kosmo! selepas majlis pelancaran kasut but terbaru Adidas, F50 Adizero Prime di kedai sukan Al- Ikhsan di Alamanda, Putra- jaya pagi semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Komunikasi Jenama dan Pemasaran Sukan Adidas Malaysia, Bryan Gee serta Penolong Pengurus Pemasaran Adidas Malaysia, Ethan Ng.
Kasut but Adidas F50 Adizero Prime seberat 145 gram itu hanya dijual secara eksklusif di tujuh cawangan Al-Ikhsan iaitu di Alamanda, Sunway Pyramid, Plaza Bukit Bintang, Plaza Alam Sentral, Ipoh Parade, Queensbay Mall Penang dan AEON Tebrau City pada harga RM1,099. - Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga