slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Khamis, 28 April 2011

Gadis berkhalwat melutut rayu dibebas


TANAH MERAH: Seorang gadis sanggup berlutut sambil menangis di depan sepasukan penguat kuasa agama dan merayu dilepaskan kerana dicekup berkhalwat bersama pasangannya awal pagi kelmarin, berikutan takut keluarganya tahu perbuatannya itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi di sebuah rumah sewa di Taman Barakah di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, di sini, gadis berusia 19 tahun dari Banggol Jenerih itu sempat ‘berlakon’ di depan penguat kuasa, semata-mata ingin mengelak ditahan.

Malah, kekasihnya berusia 20 tahun itu memberi pelbagai alasan termasuk mendakwa dihalau keluarga dari rumahnya di Manal Satu menyebabkan tiada pilihan dan terpaksa bermalam di rumah teman wanitanya itu.

Menurut sumber, sebelum dicekup, pemuda yang bekerja sebagai tukang kimpal itu dikatakan terpaksa menunggu di luar rumah sebaik mendapati dua rakan serumah teman wanitanya itu belum keluar bekerja.

Namun, selepas dua rakan serumah kekasihnya keluar, dia terus masuk ke rumah bagi mengelak kehadirannya dikesan jiran.

Sumber berkata, sepasukan penguat kuasa bergegas ke kawasan taman perumahan terbabit sebaik menerima maklumat daripada orang ramai.

Sambil memperkenalkan diri, penguat kuasa berkenaan mengetuk pintu rumah beberapa kali, namun pasangan terbabit enggan membukanya menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan polis.

Beberapa minit kemudian, gadis yang bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai serbaneka 24 jam itu akhirnya membuka pintu rumah, namun mengejutkan mereka apabila dirinya hanya dibaluti selimut.

Gadis itu mendakwa dia seorang di rumah berkenaan, namun hasil pemeriksaan selanjutnya, mereka menemui seorang pemuda berpakaian lengkap sedang bersembunyi dalam bilik air dengan keadaan tubuh menggigil kerana ketakutan.

Siasatan awal mendapati, kedua-duanya bukan mahram dan dikatakan baru berkenalan kira-kira lima bulan lalu selepas gadis terbabit berjanji dengan teman lelakinya untuk mendapatkan jawatan kosong di tempat kerjanya itu.

Ketika hendak dibawa ke pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah, gadis itu merayu-rayu dan berlutut di kaki anggota penguat kuasa agama, meminta dilepaskan, namun tidak diendahkan.

Sementara itu, pegawai JHEAIK Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu. - myMetro

2 ulasan:

  1. hmmm....maso wak ghijo tok inga', pah bilo keno takak gak baghu nok tiok....baso bengong, wak malu oghe kelate jah....

    BalasPadam
  2. pe nak jd berkhalwat ni...

    singgah bc n3 d sini...

    singgah2 la disini

    http://akutetapaku85.blogspot.com/

    BalasPadam

Iklan Mangga