Kumpulan Spider baru muncul dengan album baru berjudul KitaSatu. Serentak dengan itu mereka akan mengadakan sebuah showcase istimewa di Hard Rock Cafe, Pulau Pinang pada 28 April ini. Pasti gamat showcase mereka.
Spider menjanjikan mahu mengiburkan peminat dengan lagu-lagu yang dipetik daripada album pertama mereka yang dipasarkan pada tahun 1999 sehingga ke lagu-lagu terbaru. Showcase itu dibawakan oleh Universal Music, syarikat pengedar album mereka.
Album baru mereka dipasarkan sejak Januari lalu dan akan dilancarkan secara rasmi serta showcase istimewa khas untuk peminat di Pulau Pinang. Pemilihan Pulau Pinang bukanlah mahu meminggirkan peminat di ibu negara, sebaliknya mahu membawa peminat makan angin di sana.
Mereka bekerjasama dengan radio Era FM dan pemenang peraduan yang dijalankan di stesen radio itu akan dibawa bersama-sama ke majlis pelancaran album serta showcasemereka.
Peminat yang mahu menonton showcase itu boleh berbuat demikian dengan bayaran RM50. Selain dapat menonton persembahan Spider, pembeli juga akan mendapat minuman pertama serta kemeja-T eksklusif Spider-KitaSatu.
Kepada peminat yang mahu mendapatkan pas masuk dan cenderahati boleh menghubungi Juan di talian 016-2384240, Pah (013-3008730) atau Emryl (017-2400183)
Spider mula dikenali padatahun 1999 apabila lagu Mungkinkan Terjadi dalam album Ngam Ho mula mendapat perhatian peminat. Namun memandangkan muzik mereka masih baru, impaknya tidak begitu ketara.
Kemudian Malaysia dikejutkan dengan kemasukan muzik kumpulan Sheila On 7. Penerimaan muzik kumpulan itu membuatkan muzik Spider yang terlebih dahulu dihasilkan sebelum kemasukan Sheila On 7 mendapat perhatian semula.
Album kedua mereka, Aladin (2002) yang memuatkan lagu-lagu Aladin, Kasih Latifah dan Laukku Cukup Masinmendapat sambutan menggalakkan dan menjadikan mereka sebuah kumpulan popular. Album Nazraku (2004) mengesahkan Spider sebagai kumpulan hot dengan lagu berhantu Relaku Pujuk. - manggaOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan