slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Jumaat, 22 April 2011

Azma Hanya Anggap Sharifah Amani Seperti Adik


KUALA LUMPUR:Pelakon dan pengarah Azma Aizal Yusoof memberitahu hubungannya dengan pelakon Sharifah Amani hanya sekadar rakan baik sahaja.
Dia berkata, rasa sayang yang ada pada mereka adalah seperti perasaan adik beradik dan tidak lebih daripada itu.
“Dia adalah kawan yang sangat dekat dengan saya. Saya sayang dia seperti sayang kepada adik beradik sendiri.
“Masa kontroversi yang hampir menjatuhkan saya, keluarga mereka yang banyak beri semangat dan menjaga saya,” ujar Azma pada sidang media drama Cita dan Cinta, Khamis.
Azma menjelaskan perkara tersebut selepas timbul gosip mengatakan dia kini bercinta dengan pelakon filem Sepet itu.
Katanya, perkara tersebut berikutan dia meletakkan status hubungannya dengan Sharifah Amani dalam laman sosial Facebook miliknya.
Jelas Azma, dia tidak mahu hubungan baik tersebut rosak kerana masalah yang diperkatakan.
“Walaupun kami serasi dan rapat tapi tidak sampai bercinta. Saya tidak mahu cerita cinta merosakkan hubungan ini.
“Bagaimanapun kita tidak menolak jodoh yang telah ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu, Azma selaku pengarah Cita dan Cinta turut menampilkan Amani sebagai teraju utama drama tersebut.
Jelasnya, dia lebih selesa mengambil pelakon-pelakon yang rapat dengannya bagi memudahkan kerja penggambaran tersebut.
“Memang saya ambil pelakon-pelakon yang saya rapat sebab mudah untuk kerja dengan mereka. Saya seorang yang sangat cerewet dan mereka sangat memahami kehendak saya.
“Lagi pula mereka merupakan pelakon-pelakon terbaik dan saya sendiri kagum dengan bakat mereka,” katanya.
Drama remaja dan konflik percintaan tersebut turut membariskan pelakon lain seperti Chomel Fana, Beto Khusyairi, Nadia Aqilah dan Keifli Idir.
Menurut Azma, drama ini menyelitkan mesej bagaimana konflik yang berlaku di kalangan remaja sekarang.
“Apa yang saya cuba paparkan ialah masalah remaja dan bagaimana mereka atasinya. Begitu juga bagaimana mereka mengejar cita-cita dengan pelbagai cara.
“Lokasi penggambaran ialah di Kampung Baru, Kuala Lumpur kerana tempat ini sangat sesuai dengan apa yang saya sampaikan,” katanya.
Drama Cita dan Cinta bakal bersiaran pada setiap Khamis bermula 21 April, pukul 8.30 malam di TV9. - mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga