slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 25 Januari 2011

Bola sepak antara bandar raya dunia


KUALA LUMPUR – Buat julung kali sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Jemputan Dunia Antara Bandar Raya 2011 yang akan berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur selama empat hari mulai 16 Februari.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, selain untuk memeriahkan sambutan Hari Wilayah, ia juga dianjurkan bagi meneruskan kecemerlangan pasukan bola sepak negara yang telah mencipta nama di peringkat ASEAN.
"Sebagai peringkat permulaan, sebanyak tiga buah bandar raya telah bersetuju untuk menyertai pertandingan amatur ini ialah Isfahan (Iran), Melbourne (Australia) dan Bandung (Indonesia),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, pasukan Kuala Lumpur akan diwakili oleh pemain bola sepak amatur DBKL, manakala peserta dari pasukan jemputan diwakili penduduk bandar raya masing-masing.
Ahmad Fuad berkata, perlawanan akhir dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 19 Februari pukul 8.30 malam. – Bernama

2 ulasan:

Iklan Mangga