slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 25 Januari 2011

Kekalkan kecemerlangan bola sepak – Nik Aziz


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak yang terbabit dalam bidang bola sepak di Kelantan mengekalkan semangat dan kecemerlangan sehingga membolehkan negeri itu menjadi juara Piala Malaysia musim lepas.
Beliau juga berkata, orang ramai harus melihat bola sepak sebagai suatu cabang riadah yang bukan saja boleh menjaga kesihatan dan dijadikan hiburan, malah ia dapat mengubah minda masyarakat ke arah kebaikan.
"Jika permainan bola sepak menjadi suatu bidang permainan dan hiburan semata-mata ia boleh membawa kepada gejala tidak baik, seperti masalah sosial dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM200,000 kepada pemain dan pegawai Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) kerana kejayaan Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lalu.
Hadir sama, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood. – Bernama

1 ulasan:

  1. kami sentiasa bersama Red Warriors......gi kelate gi... gomo kelate gomo.....

    BalasPadam

Iklan Mangga