slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 8 Disember 2010

Piala Suzuki AFF2010: Malaysia ke separuh akhir

AMRI Yahyah menyumbat dua gol pada perlawanan menentang Laos, malam tadi.

Aksi garang membelasah Laos 5-1 sambil dibantu kekalahan tipis Thailand 1-2 kepada tuan rumah, Indonesia membolehkan semangat skuad kebangsaan kembali menyala apabila mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2010, semalam.

Kemenangan besar anak buah K. Rajagobal di Stadium Jaka Baring, Palembang membolehkan Malaysia mengumpul empat mata, selaku naib juara Kumpulan A di belakang Indonesia.

Formasi 4-5-1 ternyata memberi impak kepada pasukan kebangsaan apabila Amri Yahyah yang bertindak selaku pembantu kepada penyerang tunggal, Norshahrul Idlan Talaha menyumbat dua gol pada separuh masa pertama.

2 ulasan:

  1. Semuga semangat baru maal hijrah mampu mengangkat maruah M'sia dipersada sukan tanahair.

    BalasPadam

Iklan Mangga