slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 23 Julai 2011

Boas puji aksi cemerlang Farizal jaga gawang


KUALA LUMPUR – Pengurus Chelsea, Andres Villas-Boas memuji aksi cemerlang penjaga gol Malaysia, Mohamad Farizal Marlias yang dianggap penghalang utama kepada barisan pemain bintangnya untuk meledakkan gol.

Beliau berkata, pasukannya memiliki banyak peluang untuk melakukan jaringan, namun gagal disempurnakan disebabkan ketangkasan Farizal menyelamatkan banyak percubaan anak-anak buahnya.

“Penjaga gol Malaysia telah beraksi dengan baik sekali bagi mengekang jaringan dilakukan dengan banyak, malah mereka juga memiliki dua peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada hujung permainan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan antara skuad Pilihan Malaysia menentang Chelsea berakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Menurut Boas, keseluruhannya skuad Malaysia telah mempamerkan aksi hebat bagi mengekang kemaraan anak-anak buahnya.

“Malaysia telah memberikan permainan yang berkualiti dan kami pula amat kurang melakukan hantaran secara menegak dan kebanyakan hantaran yang kami lakukan secara melintang.

“Kami sebenarnya memiliki banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi percubaan yang dilakukan pemain gagal menemui sasaran,” ujarnya.

Mengulas mengenai penyerang Sepanyol, Fernando Torres yang gagal menyerlah, Boas memberitahu, persembahan Torres tidak seharusnya dinilai secara individu kerana dia beraksi dalam sebuah pasukan.

“Saya tidak faham mengapa persoalan ini kerap dibangkitkan kerana bagi saya objektif yang paling penting ialah bermain secara berpasukan dan bukannya menyalahkan individu,” tegasnya.

Malah, Boas juga kurang menyenangi apabila yuran perpindahan Torres yang bernilai 50 juta pound (RM243 juta) dibangkitkan kerana baginya isu tersebut tidak seharusnya diperkatakan lagi. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga