slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 11 Julai 2011

Pelita Jaya minat bintang muda Kelantan

Izuan Salahuddin berjaya melepasi penjaga gol Pelita Jaya ketika menjaringkan gol Kelantan pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Kelab Liga Super Indonesia (ISL), Pelita Jaya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda Kelantan, Izuan Salahuddin.

Hasrat tersebut dinyatakan Pengurus kelab itu, Lalu Mara selepas menyaksikan kelibat Izuan, yang menjaringkan gol pada aksi persahabatan dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, di sini kelmarin yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Menurut Lalu, dia kagum dengan kepantasan Izuan, pemain yang disenaraikan ke dalam skuad Harimau Muda untuk menjalani latihan ke Slovakia serta aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana England, Chelsea

"Pemain itu (Izuan) memiliki kepantasan larian yang begitu baik. Dia memiliki potensi sebagai pemain yang mampu menyerlah pada masa akan datang," katanya.

Izuan merupakan pemain dari skuad Piala Presiden yang diserapkan ke skuad utama Red Warriors mulai pertengahan musim ini.

Pelita Jaya sudah pun mendapat sentuhan pemain kebangsaan, Safee Sali.

Safee tidak diturunkan pada perlawanan kelmarin, yang menyaksikan Red Warriors beraksi tanpa lima pemain tonggak yang bersama skuad kebangsaan.

Kelantan turut mengambil kesempatan daripada perlawanan tersebut dengan menurunkan pemain jemputan dari Crotia, Jocip Bonasin, yang beraksi pada bahagian pertahanan.

Kelantan mendahului Pelita Jaya hasil jaringan Mohd. Izuan pada ke-72, hasil hantaran menarik Mohd. Badri Radzi.

Joko Sasongko menjadikan kedudukan 1-1 menerusi jaringan pada minit akhir perlawanan.

Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu memuji persembahan pemainnya dan yakin pasukannya mampu melangkah lebih jauh sekiranya diberi pendedahan beraksi dengan pasukan luar negara.

"Kita sebenarnya beraksi menentang pasukan yang kuat dan dalam perlawanan ini saya berpeluang menilai sejauh mana keupayaan pemain simpanan sekiranya berlaku situasi buruk terhadap pasukan ini dalam saingan Piala Malaysia nanti," katanya.

Mengenai persembahan Bonacin, Karathu berpuas hati dengan aksi pemain Croatia itu.

"Dia bermain dengan bagus, saiz fizikalnya sesuai selain mempunyai kelebihan kaki kiri. Namun, saya tidak boleh menilai persembahan dia dalam satu perlawanan sahaja. Dia ada kualiti tetapi saya mahu lebih daripada itu," katanya.

Sementara itu, Lalu berkata, perlawanan tersebut membuka lembaran baru dalam hubungan antara kedua-dua pasukan dan berhasrat mengundang Kelantan beraksi di Indonesia.

"Perlawanan ini amat berharga kepada Pelita Jaya kerana kebanyakan pemain yang diturunkan, pemain muda. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di atas pelawaan ini," katanya. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga