slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Isnin, 25 Julai 2011

FIFA gantung Hammam seumur hidup




ZURICH - Bekas calon jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Mohamed Hammam digantung seumur hidup oleh badan induk bola sepak dunia itu selepas didapati bersalah memberi sogokan untuk mendapatkan sokongan pada pemilihan awal bulan lalu.
Tokoh yang berasal dari Qatar itu merupakan pegawai paling kanan FIFA yang pernah dijatuhkan hukuman sekeras itu dalam sejarah 107 tahun.
Keputusan itu diputuskan kelmarin selepas Jawatankuasa Etika FIFA mengadakan inkuiri selama dua hari.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Etika FIFA, Petrus Damaseb berkata, keputusan ini secara rasminya bermakna, Hammam diharamkan terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak di peringkat kebangsaan atau antarabangsa seumur hidup.
Hammam telah menarik diri daripada persaingan pemilihan Presiden FIFA di saat akhir awal bulan lalu sekaligus membolehkan penyandangnya, Sepp Blatter mengekalkan jawatan itu.
Hammam yang juga bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dan orang yang bertanggungjawab di atas kejayaan Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 dilaporkan akan membuat rayuan ke atas hukuman tersebut.
Namun begitu, bekas Setiausaha Agung AFC selama 30 tahun, Peter Vellapan menyambut baik hukuman tersebut dengan menyifatkannya sebagai adil kerana menyelamatkan bola sepak dunia daripada pemimpin yang penuh dengan rasuah.
Beliau turut menyelar kenyataan pemangku Presiden AFC, Zhang Jilong yang menganggap keputusan FIFA itu sebagai hari paling sedih buat sukan bola sepak.- Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga