JOHN Terry menandatangani jersi seorang peminat Chelsea selepas tiba di hotel penginapan pasukan, semalam. |
SORAKAN bergema ‘kaki bola’ kembali menggamit minda peminat tanah air, semalam apabila giliran Chelsea pula hadir menguji skuad negara buat kali ketiga dalam tempoh lapan hari.
Wajah ketua pasukan, John Terry dan pengurus, Andres Villas-Boas serta Fernando Torres dan Frank Lampard menjadi tarikan sebaik The Blues tiba di hotel penginapan mereka di ibu kota petang bagi siri persahabatan Jelajah EPL Asia 2011.
Bekas juara Liga Perdana Inggeris itu hadir dengan barisan terkuat dan Boas - pengurus baru berusia 33 tahun dari Portugal itu memberi teguran Harimau Muda akan dicabar buat menguji kemampuan terkini anak didiknya. Kali terakhir Chelsea berkunjung ke Malaysia ialah pada 2008 sebelum menewaskan skuad negara 2-0 di Stadium Shah Alam. - BHOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan