slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Sabtu, 23 Julai 2011

Semangat tak terjejas


GIGIH...pemain negara  memanaskan badan di Stadium Jalan Besar, semalam.
GIGIH...pemain negara memanaskan badan di Stadium Jalan Besar, semalam.
SINDIRAN jurulatih Taiwan, Tee Tae Ho nyata tidak disenangi Datuk K Rajagobal namun itu tidak bermakna tumpuannya untuk membimbing skuad kebangsaan mencatat kemenangan ke atas Singapura dalam aksi pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Jalan Besar hari ini terjejas.

Sebaliknya, pengendali negara yang membawa Harimau Malaya ke mercu kejayaan pada Sukan Sea Laos 2009 dan Piala Suzuki AFF Disember lalu itu yakin barisan pemainnya bersedia ‘membaham’ Singa bagi memastikan situasi lebih selesa sebelum perlawanan timba balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis depan.

“Saya tidak perlu untuk memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana mereka sudah tahu tugas masing-masing malah semangat juang mereka lebih tinggi apabila menentang Singapura kerana ini pertemuan membabitkan negara jiran berbanding dengan perlawanan menentang negara lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum perlawanan semalam.

Malaysia melangkah ke pusingan kedua bertemu Singapura selepas menewaskan Taiwan menerusi peraturan gol di tempat lawan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam aksi timbal balik.

Ketika diminta mengulas komen pedas, Tae Ho yang melabel aksi pemain Harimau Malaya kurang mantap berbanding Singapura, Rajagobal menegaskan, beliau lebih mengenali anak buahnya berbanding jurulatih dari Korea Selatan itu.

“Ia kenyataan yang tidak adil kerana beliau tidak lihat dan tidak kenal pemain-pemain saya,” katanya.

Ini kali pertama Malaysia dan Singapura bertemu di kejohanan antarabangsa selepas Piala AFF 2007 dan Sukan Sea 2007 dengan skuad kendalian Radojko Avramovic memiliki sedikit kelebihan dalam rekod pertembungan itu.

Manakala aksi persahabatan pada 2008 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya pula berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Bagaimanapun Rajagobal tidak berminat membuat perbandingan mengenai keputusan terdahulu.

“Mesti difahami bahawa kita kini mempunyai situasi dan pemain yang berbeza. Kita hanya perlu memikirkan tentang apa yang akan kita lakukan esok (hari ini) dan bukan rekod masa lalu,” katanya.

Beraksi di padang rumput tiruan yang hanya boleh disaksikan 6,000 penonton, Rajagobal tidak berdepan banyak masalah untuk menurunkan kesebelasan terbaik biarpun tanpa kehadiran penyerang lincah, Norshahrul Idlan Talaha serta tonggak pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak yang masih bergelut untuk pulih daripada kecederaan.

Ini kerana penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Mohd Safee Sali sedia meledak manakala kapten, Safiq Rahim bersedia memimpin rakan sepasukan menentang barisan Singapura yang dibarisi beberapa pemain 'import'.

Sementara itu, Avramovic pula yakin dengan kemampuan pemainnya selepas menghabiskan masa menilai corak permainan Malaysia menerusi aksi rakaman video perlawanan pasukan lawannya itu. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga