PEMAIN Thailand, Pornchai Kaowkaen (kiri) melakukan libasan sambil dihalang pemain Filipina di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. |
THAILAND mendominasi saingan awal Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia anjuran Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 setelah berjaya menumpaskan Filipina 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.
Trio Thailand yang dibarisi Anuwat Chaichana, Siriwat Sakha dan Pattarapong Yupadee mudah memenangi set pertama dengan mata 15-7.
Kemaraan trio dari Thailand itu gagal disekat oleh trio Filipina yang dibarisi John John Bobier, Oliver Tumang dan Edrian Resueno apabila pasukan dari negara Gajah Putih itu terus mencipta kemenangan pada set kedua 15-4.
Thailand melengkapkan kemenangan pada set ketiga dengan 15-6.
Turut mencatat kemenangan pada perlawanan semalam ialah Singapura yang berjaya menumpaskan Jerman 3-0 dengan kiraan 15-8, 15-9, 15-6.
Vietnam pula menang 3-1 selepas mengalahkan Iran 10-15, 15-8, 15-8, 15-9, manakala Brunei menewaskan Australia 3-0 dengan 15-2, 15-2, 15-4.
Perlawanan hari ini akan menentukan pasukan yang layak untuk mara ke peringkat suku akhir.
Sementara itu, Malaysia hanya akan bermain pada pusingan kedua dan kemungkinan besar akan bertemu Taiwan atau Perancis. - KOSMO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan