slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 13 Julai 2011

Nyaris jatuh hanya kerana bola besbol

KEITH CARMICKLE nyaris terjatuh apabila beberapa orang memegang tubuhnya di sebuah stadium di Phoenix, Amerika Syarikat kelmarin

PHOENIX - Seorang penonton, Keith Carmickle nyaris maut selepas beberapa rakannya memegang dua kaki dan kaki kanannya semasa dia terjatuh dari tempat duduk semata-mata untuk menangkap bola besbol di sebuah stadium di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia diselamatkan oleh seorang rakan dan sekumpulan peminat selain seorang saudaranya semasa dia melompat untuk menangkap bola tersebut.
Insiden yang mencemaskan itu berlaku semasa seorang pemain besbol, Prince Fielder memukul bola ke arah kanan stadium.
Carmickle yang berdiri di atas sebuah meja tunduk tetapi dia hilang imbangan badan.
"Saya berpendapat, saya mendapat kehidupan yang baik," katanya.
Sebelum ini, seorang anggota bomba, Shannon Stone pernah terbunuh apabila terjatuh kerana mahu menangkap bola besbol dalam perlawanan yang berlangsung pada Khamis lalu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga