slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Rabu, 6 Julai 2011

Peluang terbaik Red Warriors



KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors mesti mengutip sekurangkurangnya satu mata ketika bertemu Sabah malam ini, sekiranya mahu mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini.

Selepas gagal menjuarai Piala FA, Kelantan di bawah bimbingan Datuk M. Karathu kini berada pada landasan terbaik untuk menamatkan penantian sejak tiga tahun lalu, bagi bergelar juara liga buat pertama kali.

Malah, Karathu mengakui ini merupakan peluang terbaiknya untuk menebus kehampaan tewas 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA sebelum ini.

"Kita ke Kota Kinabalu dengan misi yang cukup jelas iaitu mencipta kemenangan. Sudah pasti Sabah akan bermain mati-matian dan tidak memberi laluan mudah, namun kita sudah bersiap sedia menjadi pasukan keenam mengalahkan mereka di tempat sendiri kali ini.

"Ini bukan sahaja berkisar mengenai soal untuk kita mengutip mata tetapi lebih penting bagi kami ialah memburu kejuaraan liga yang pertama. Kejuaraan liga sudah terlalu hampir dengan kami," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sehubungan itu, Karathu menuntut barisan pemainnya mempamerkan semangat juang yang tinggi sebagai watak seorang juara.

Beliau memberitahu, meskipun turun tanpa kelibat pemain sayap, Mohd. Nurul Azuwan Roya yang menghadapi penggantungan, kembalinya lima tonggak utama yang menggalas tugas bersama skuad kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha, Mohd. Farisham Ismail, S. Chanturu, Mohd. Shakir Shaari dan Khairul Fahmi Che Mat memberikan tonik buat Kelantan untuk mempamerkan aksi terbaik.

"Segalanya cukup sempurna sekarang. Lima tonggak akan bersama dengan kita termasuk Norshahrul Idlan yang sudah boleh beraksi.

"Saya percaya berbekalkan semangat di atas kejayaan membantu skuad negara mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia, bakal menjadi pembakar semangat kepada lima pemain tersebut untuk beraksi lebih baik.

"Kecuali Nurul Azuwan yang terpaksa disisihkan kerana menjalani penggantungan perlawanan. Saya percaya penggantinya Mohd. Izuan Salahuddin mampu beraksi dengan baik mengisi posisi sayap kiri.

"Malah, motivasi dalam kalangan pemain juga cukup bagus ketika ini. Mereka mengerti ini merupakan peluang terbaik untuk membawa Kelantan bergelar juara dan mereka sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mencipta sejarah baru ini," jelasnya. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga