slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 19 Julai 2011

Kelantan destinasi pertama CCFC

PARA peserta klinik pembangunan bola sepak CCFC bergambar kenangan sebelum memulakan sesi latihan di Kota Bharu semalam.

KELAB Bola Sepak Cardiff City (CCFC) telah memilih Kelantan ini sebagai destinasi pertama dalam siri program Jelajah 1Malaysia Cardiff City (1MCC-CCFC) membabitkan lapan jurulatih dari kelab tersebut.
Menerusi program itu seramai 207 pelatih Akademi Bola Sepak Al-Hamra Red Warriors (ARMY) terlibat dalam Klinik Bola Sepak bersama CCFC.
Dalam menjayakan klinik sehari menerusi program berkenaan bersama ARMY, CCFC turut menjanjikan komitmennya bagi membantu membangunkan program pembangunan bola sepak remaja di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Chan Tien Ghee berkata, pihaknya cukup gembira kerana dapat bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menjayakan klinik bola sepak selama sehari itu.
“Pembangunan bola sepak remaja pada hari ini sebenarnya cukup penting. Kalau kita perhatikan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sudah pun terlibat dalam sukan bola sepak.
“Bagi CCFC sendiri, kami cukup teruja apabila bercakap mengenai pembangunan bola sepak remaja. Kita cuba mendekatkan masyarakat dengan program seperti ini,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, selepas ini, menerusi program tersebut CC- FC akan menyusul ke beberapa buah destinasi seperti Pahang, Kedah serta beberapa negeri lain dalam menjayakan program klinik bola sepak.
Menurutnya, program tersebut amat bermakna dalam usaha mendedahkan teknik bola sepak berkesan di kalangan pemain remaja khususnya.
Tien Ghee yang melihat fenomena luar biasa dalam siri jelajah tersebut turut menyatakan hasratnya tentang kesediaan untuk membuka cawangan akademi CCFC di negeri Kelantan.
“Sudah pasti kita akan datang ke sini lagi. Berdasarkan fenomena luar biasa di sini, saya bersedia membuka cawangan di negeri ini,” ujarnya. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iklan Mangga